PILIHANRAYA DUN P.PINANG SERENTAK PRU13 KALAU GUAN ENG BUKAN PONDAN...

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menasihatkan kerajaan DAP Pulau Pinang mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan pusat memandangkan tiada risiko kekalahan yang perlu ditakuti parti pembangkang itu.

Presidennya, Rahmad Isahak berkata Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebaliknya tidak perlu takut sekiranya benar-benar bersedia tambahan lagi pada pilihan raya umum lepas parti pembangkang berjaya memungut majoriti kerusi di negeri itu.

“Sebab pertama kita tengok jurang kedudukan kerusi di dalam Pakatan Rakyat agak besar, kita ada 40 kerusi, BN hanya ada 11 kerusi dan bakinya 29 kerusi dikuasai oleh Pakatan.

“Jadi dengan majoriti kerusi ini, saya rasa tidak akan wujud kekalahan kepada PR,” katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Guan Eng dalam kenyataan hari ini berhasrat memberi laluan untuk Parlimen dibubarkan sebelum membuat keputusan sama ada akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Guan Eng berkata negeri itu tidak akan mengikut jejak langkah kerajaan Selangor yang mengumumkan untuk tidak menyertai PRU13 sekiranya ia diadakan pada bulan November.



Untuk rekod, pada PRU12 Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana 29 daripadanya dimiliki Pakatan Rakyat pada menerusi pilihan raya umum 2008.

Daripada 29 kerusi tersebut DAP memegang 19 buah kerusi, sembilan oleh PKR, dan satu kerusi PAS, manakala Barisan Nasional hanya memiliki 11 buah kerusi.

Justeru Rahmad berkata dengan majoriti kerusi tersebut, Guan Eng tidak perlu mengubah semula kenyataannya yang dibuat hari ini sekiranya pembubaran Parlimen untuk PRU13 sudah dibuat kelak.

“Pilihan raya berasingan ini pada saya tidak ada keperluan, jadi tidak mungkin ada kekalahan kepada Pulau Pinang sekiranya pilihan raya diadakan serentak.

“Kalau boleh pilihan raya serentak adalah jalan yang terbaiklah untuk kesejahteraan rakyat Pulau Pinang,” ujar beliau.

Malah katanya, apa yang lebih penting kepada Guan Eng buat masa ini adalah untuk menyelesaikan semua masalah berbangkit di negeri itu bagi menghadapi PRU13 dan bukannya mengambil keputusan yang sama dengan Selangor untuk mengadakan pilihan raya berasingan.

“Akhir-akhir ini kita tengok isu-isu penjaja yang tidak berlesen di Pulau Pinang dan banyak hal dalam perkara ini adalah orang-orang Melayu yang tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Pulau Pinang,” katanya. -antarapos.com

Comments