Protes Filem Hina Nabi: Pemuda Umno Adakan Himpunan Esok @KhairyKj


PEMUDA UMNO akan mengadakan perhimpunan secara aman bagi membantah penerbitan filem anti Islam, 'Innocence of Muslims' di Masjid Jamek, Kampung Baru di sini pada Jumaat.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perhimpunan itu akan turut disertai lebih 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selepas solat Jumaat di majis berkenaan.

"Saya dan Dewan Pemuda PAS memutuskan untuk mengadakan perhimpunan secara berasingan demi memastikan keadaan terkawal serta mementingkan keselamatan dan ketenteraman awam.

"Walaupun kami ada solidariti bersama dengan Dewan Pemuda PAS berhubung perhimpunan ini tetapi kami risau keadaan akan menjadi tegang apabila bertembung," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Khairy berkata, perhimpunan oleh Dewan Pemuda PAS yang diketuai oleh ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini.

Comments