PUAK 'ANWARINAS' KECEWA NASHA KEKAL DALAM PAS


GOLONGAN yang digelar 'Anwarinas" dalam PAS didakwa menyatakan perasaan kecewa terhadap Majlis Syura Ulama yang mengambil keputusan untuk tidak memecat Nasharudin Mat Isa.

Menurut sumber dalam PAS yang dipetik akhbar tempatan menyifatkan golongan ulama langsung tidak berasa gerun dengan tekanan yang diberikan untuk memecat bekas Timbalan Presiden selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi.

Malah kumpulan tersebut turut beranggapan bahawa rancangan untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Bachok itu gagal selepas mendapati Nasharudin hadir ke mesyuarat tersebut.

"Sejak isu ini tercetus, mereka tidak henti-henti berusaha dengan memberi pelbagai tekanan kepada golongan ulama yang menggangotai masjlis syura untuk memecat Nasharudin.

"Bagaimanapun tekanan berkenaan tidak berhasil biar pun mereka dikatakan meminta bantuan seorang pemimpin kanan PKR bertemu dengan seorang pemimpin kanan PAS baru-baru ini," memetik sumber berkenaan.

Nasharudin pada bulan lalu tampil mengeluarkan kenyataan agar parti itu mengkaji semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat selepas mendakwa DAP secara konsisten menentang pelaksanaan undang-undang Islam yang dicadang PAS.

Gambar beliau bergandingan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika bertemu dengan para ulama di Mekah turut dipersoalkan banyak pihak termasuk kepimpinan PAS sendiri.

Majlis Syura yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutuskan untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Nasharudin malah menyatakan bahawa isu tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat itu kelmarin.

Blog yang dikenali sebagai suarapakatanrakyat.com turut mendedahkan pandangan sebahagian pemimpin PAS yang mahu Nasharudin dipecat.

Artikel bertajuk, 'Isu Nasharudin: Majlis Syura Ulama PAS Tunduk Kepada Umno' mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa yang masing-masing menyatakan kekecewaan berhubung keputusan itu.

"Mereka menyifatkan kegagalan Majlis Syura PAS sebagai badan tertinggi parti tersebut mengambil tindakan terhadap Nasharudin, hanya menyerlahkan lagi ketidakupayaan badan itu mengawal tingkah laku ahli-ahli PAS yang bercanggah dengan perjuangan utama parti itu sekarang - negara berkebajikan," memetik blog berkenaan. -antarapos

Comments

Anonymous said…
nasha patutnya keluar masum jati. perjuangan palsu pas dah tergadai. pas dah sesat jauh dari motic asal.