#PropagandaPR: @NajibRazak Bertemu Soros Sama Seperti @AnwarIbrahim Bertemu Al-Qaradawi


MALAYSIAKINI & blogger-blogger pencacai Pakatan sibuk mencanang mengenai pertemuan PM, DS Najib Razak bersama spekulator matawang, George Soros. Nadanya berapi seperti sebuah berita sahih tapi satu bukti jelaspun gagal mereka tunjukkan. Selayaknya Malaysiakini sebagai agen propaganda numero-uno pembangkang... berita tersebut hanyalah spekulasi kosong semata-mata.

Dari satu sisi berbeda, berita tersebut bukan sekadar polemik untuk memburukkan nama DS Najib... tapi satu teknik propaganda yang dinamakan 'transfer' bila mereka tidak tahan lagi dengan bukti dan pendedahan mengaitkan pihak mereka dengan Soros. Termasuk yang terbaru pandangan Tun M sendiri DI SINI.

Cara terbaik dalam kaedah propaganda 'transfer' adalah menafikan dan mengaitkan 'pihak musuh' dengan hal tersebut. Sepertimana bila mereka penat menangkis perkaitan mereka dengan Israel, mereka mencipta propaganda murahan walaupun oleh pemimpin yang bingai seperti yang boleh kita baca DI SINI.

'Transfer' bukan hanya mengaitkan dengan hal negatif terhadap 'musuh' tapi juga mengaitkan hal positif dengan diri sendiri. Satu contoh mudah, kita boleh saksikan Anwar Ibrahim tak pernah lekang mengaitkan dirinya dengan ulamak ternama dunia Shiekh Yusuf Al-Qaradawi... menceritakan betapa intim dirinya bersama Al-Qaradawi, betapa besar sokongan Al-Qaradawi terhadapnya.

Ada fotonya bersama Al-Qaradawi tapi langsung tidak menunjukkan keakraban seperti yang Anwar visualkan melalui lidahnya ... seperti lawatan formal biasa bila Al-Qaradawi menerima mana-mana tetamu ke rumahnya.

Berbalik kepada pertemuan DS Najib dengan Soros... jika benarpun kejadian itu terjadi tidak bermakna DS Najib cuba untuk meminta bantuan atau bekerjasama dengan Soros. Mungkin situasinya sama seperti pertemuan Tun M bersama Soros.


Kerana ini bukan zamannya 
manusia harus berpedang dan berbunuhan 
bila bertemu 'musuh'!

Comments

CIFUT said…
Aku suka quote terakhir tu.