Adakah Lagak AROGAN Salah Satu Ciri WINNABLE CANDIDATE?? @NajibRazak @Nazri_Aziz


Sambungan dari entri semalam (klik) masih lagi membabitkan kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri - DS Nazri Aziz bila ditanya wartawan berkaitan pendedahan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.

Are you concerned that your son and his family are being followed?
I'm a rich man, I'm powerful, good looking. (reporters giggle) Wealthy. So what can I do? My son ask, "Pa, is it..." I say, "Look, you are my son..."

Will you lodge a police on your son being followed?
Why should I? It doesn't bother me. I'm popular, I have a film star punya status here you know? Celebrity. Bukan film star local, Hollywood punya (laughs). No, but there is nothing I can do, (if) they want to follow.

And if Rafizi lodges a report with MACC?
What kind of question it that? He wants to report, he report lah. You know, he's a clarinet player, he told me in his tweet. In Malay College (Kuala Kangsar), when he (enrolled), I was not around, but those who play the clarinet are jambu, you know. Ni jambu punya style la.

Gua fikir dengan kenyataan seperti di atas Nazri Aziz bukan saja membangkitkan rasa menyampah di kalangan pengundi Padang Rengas, malah keseluruhan penyokong UMNO/BN sendiri.

Lim Guan Eng masih boleh bertindak rasional dengan cuba berlakon menagih simpati bila anaknya diserang bertubi-tubi oleh media kerajaan berkaitan kes 'ramas' dahulu, tapi Nazri masih dengan emosi dan erogannya menjawab soalan wartawan bukan seperti selayaknya seorang pemimpin yang memegang jawatan MENTERI.

Lantak Rafizi Ramli itu jambu atau mangga, itu bukan prioriti yang harus dipersoalkan di sini, beliau sepatutnya menjawab dengan rasional supaya media & blogger pro-BN mempunyai hujah bernas untuk membela. Bukan membela Nazri Aziz membabi-buta sedangkan persoalan mengapa hummer milik seorg usahawan yang sedang dalam siasatan SPRM berada dalam simpanan anak Nazri Aziz, Nedim tak mampu untuk diperjelaskan.

Rafizi telahpun melaporkan kepada SPRM mengenai perkara ini, kita lihat ke mana hala kes ini. Adakah Nazri Aziz sanggup menjawab di depan pengadilan atau mengambil langkah mudah menutup kes dengan kuasanya di SPRM (as he claimed above - I'M POWERFUL???).

Menyebut tentang Nazri Aziz di sini bukan bermakna gua sokong Rafizi Ramli atau PR, tapi sudah penat dengan semua onar yang dilakukan oleh sesetangah pemimpin UMNO/BN sendiri sehingga menjadi LIABILITI kepada organisasinya.

Kita boleh tengok PR lebih banyak menyerang kesilapan pemimpin BN berbanding dasar oleh kerajaan?BN. Ini bermakna kepimpinan DS Najib Razak sudah memacu Malaysia ke aras yang lebih baik, cuma sering 'tangga-tangga' untuk melangkah lebih tinggi dirosakkan oleh pemimpin bengap seperti NAZRI AZIZ!

baca juga di blog DOUBLE-Y

.

opsss jangan lupa pasal kaki bodek no.1 ni....

Comments