Panas!! Foto Perwakilan #PAU2012 Kantoi Berjoget Di Kelab Dangdut!!

Gua dan beberapa org blogger pro-BN lain mengadakan Ops PAU-PAU malam tadi di beberapa kelab dangdut, spa dan rumah urut sekitar KL. Operasi ini diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 bagi membenteras aktiviti kurang sihat para perwakilan pada PAU paling penting dalam sejarah, memandangkan ini medan semangat terakhir sebelum menjelang PRU13.

Hasilnya kami berjaya merakam aksi beberapa orang perwakilan PAU2012 dari negeri di Utara tanahair yang sedang asyik bergelek di sebuah kelab dangdut popular di Jalan TAR.

Okey, back 2 reality! Itu cuma sebuah parodi berita, gambar di atas hanyalah hiasan semata-mata. Blogger pembangkang jgan cuba nak spin berita! Tapi tidak mustahil berita seperti ini ditulis jika kami mendapati tradisi bangang sesetengah perwakilan masih berlangsung di tahun ini.

Ops PAU-PAU sememangnya telah berjalan oleh beberapa org blogger pro-BN untuk membenteras gejala & tradisi kurang sihat setiap kali berlangsungnya PAU. Jadi kita lihat nanti siapa yg kenaaaa!!

Operasi ini tidak cuma di tempat2 hiburan & maksiat tapi juga akan diadakan di The Mall dan coffeehouse sekitar PWTC untuk merakam aksi perwakilan yang 'melarikan diri' ketika dewan sedang bersidang. Individu spt itu tidak patut dihantar sbg WAKIL kepada UMNO dari segenap pelosok negara, mungkin waktunya unt memilih yang lebih kaliber & bertanggungjawab selepas ini.

Saat kita bersiap-siaga menghadapi 'perang' paling getir tidak lama lagi (PRU13), jangan ada lagi unsur2 negatif dan kebejatan mentaliti yang boleh menguris calar di wajah UMNO, menyerahkan Putrajaya kepada yg tidak sepatutnya hanya kerana kebodohan sendiri... Bak kata PM, DS Najib Razak :- "BANGKITLAH ORANG-ORANG UMNO!!"
.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Anonymous said…
Korang kot yg masuk kelab,kalau tak buat apa masuk sama? He he he