Pencacai 'Royalti' mula melakukan aktiviti terlebih masa lapang dan kurang kasih sayang mereka pada hari perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU2012) di PWTC, 2 hari lepas. Ketua Penerangan Pemuda Petaling Jaya Utara, Armand Azha telah bertindak bijak bila meminta mereka meninggalkan lokasi tersebut secara berhemah bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Kejadian yang tidak diingini oleh UMNO kerana tidak mahu perhimpunan keramat tersebut terganggu oleh kebebalan 4-5 ekor beruk. Tapi bukan bagi cacai 'Royalti', mereka sudah pasti merancang supaya berlaku provokasi dan suasana tegang bagi mencalar imej PAU2012 dan UMNO secara umumnya.
Diberitakan cacai 'Royalti' dengan jumlah yang lebih ramai akan melaram di PWTC pagi ini ketika berlangsungnya ucapan dasar oleh oleh Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak. Gua harap Armand juga sudah siap-siaga... bukan untuk mencampak mereka ke Sungai Gombak bersebelahan PWTC, tapi biar cacai tersebut terjun sendiri kerana kemaluan yang sangat besar!
Comments