Bila Lembu & Anjing Diberikan Nama 'ALLAH'... #KalimahALLAH


Isu nama Allah timbul lagi. Perkara ini telah dijangka akan berlaku. Aritmetik manusia di dalam membuat kiraan peluang mendapat undi berpotensi dari Sabah dan Sarawak telah dijadikan kayu ukur untuk isu ini berputar 180⁰ dari trajektori perjuangan asal. Tetapi, barangkali mereka lupa bahawa bukanlah pengundi yang menentukan siapa akan berkuasa di mana sahaja lokasinya di dunia milik Allah ini. Allah memberikan kuasa kepada siapa sahaja yang dikehendakinya walaupun tanpa faktor kira-kira manusia.



Kita, orang-orang Islam berasa senak hati dan jiwa melihatkan kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini. Seolah-olah ada ‘besi’ yang memaksa si fulan membuat kenyataan menggunakan skrip tulisan yang pernah digunakan Anuar sebelum ini bagi memberikan justifikasi berkenaan. Rujuk semula transkrip lama yang digunakan sebagai dialog yang menghalalkan penggunaan nama Allah kepada kumpulan Kristian yang bukan berketurunan Arab di Malaysia yang pernah diterbitkan di dalam sebuah akhbar antarabangsa.

Tetapi, usahlah gusar dengan apa yang telah berlaku pada hari ini. Mereka-mereka yang mengumumkannya tidak berada dipuncak kuasa. Puncak kuasa itu diamanahkan kepada pihak lain yang masih berpegang teguh dengan amanah kuasa yang dipinjamkan Allah. Segala puji bagi Allah yang Maha Mengetahui tentang segala apa yang dirancangkan makhluk-makhlukNya...




Comments