Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Ibrahim terpaksa menelan situasi sukar selepas Majlis Syura PAS semalam membuat keputusan kalimah 'ALLAH' dilarang penggunaannya oleh mana-man agama selain Islam dalam terjemahan kitab/risalah mereka. [BACA SINI - MYOMEDIA!]
Ini kerana Khalid Samad merupakan individu dari Parti Islam (??) tersebut yang paling lantang menyokong penggunaan kalimah ALLAH dalam terjemahan BM penerbitan Kristian sejak 3 tahun lalu sehingga diberikan gelaran 'Khalid Gereja' oleh kebanyakan blogger yang tidak senang dengan pendiriannya.
Ekoran keputusan Majlis Syura PAS, Khalid Samad terpaksa menafikan sokongannya dengan pelbagai putar-belit setelah 'diserang bertubi-tubi' di laman Twitter. [RUJUK SINI - BLOG TF]
Perhatikan imej di atas kita boleh melihat antara putar-belit Khalid Samad menyelamatkan 'tengkuk'nya dari dipancung oleh PAS walaupun jelas terdapat pelbagai bukti sokongannya terhadap penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam dalam terjemahan BM. (sila rujuk link yang dipaparkan untuk berita penuh)
Jika kenyataannya dalam portal2 pro-PR tersebut tidak benar, mengapa Khalid Samad tidak menyaman portal2 tersebut sedangkan personal ini sudah sinonim dengan aktiviti saman-menyaman!
Comments
APE YANG KHAS BG UMAT ISLAM MELAYU KHUSUSNYA NAK PANGGIL ALLAH..??