"Selebihnya saya tidak mahu ulas... maaf ye!!"
Bukankah lagak sialan bunyinya tu??
Berterus teranglah PAS tergigit sakit melihat foto kunjungan
Ustaz Nasha bersama PM di GAZA!!
Harap Ustaz Nasha menerima semua ini sebagai satu rahmat...
Beliau tercampak keluar dari bahtera hijau yang bakal tenggelam
yang disarati makhluk2 munafik & najis2 hipokrasi
Yakinlan beliau akan diselamatkan oleh pihak yang hak
untuk meneruskan dakwah perjuangan sebenar!
Harap Ustaz Nasha menerima semua ini sebagai satu rahmat...
Beliau tercampak keluar dari bahtera hijau yang bakal tenggelam
yang disarati makhluk2 munafik & najis2 hipokrasi
Yakinlan beliau akan diselamatkan oleh pihak yang hak
untuk meneruskan dakwah perjuangan sebenar!
Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.
Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.
“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.
“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.
“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.
“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.
“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."
Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.
Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.
Seperti diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.
Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud. SH
Comments