Nur Misuari mempertikaikan cara PM, DS Najib Razak mengendalikan pengganas2 Sulu yang direkrutnya untuk datang 'menuntut' Sabah... Misuari berpendapat DS Najib tidak seharusnya bertindak tegas terhadap pengganas2 Sulu yang telah menyembelih, mengorek mata, mengelar muka & melapah jantung 8 anggota keselamatan Malaysia yang dibunuh kejam semasa berjuang mempertahankan kedaulatan negara.
Misuari menegaskan situasi pencerobohan seperti di Sabah sepatutnya dikendalikan oleh COOLER HEAD (seorang yang lebih bertimbang-rasa?) sambil menambah dia menunggu Perdana Menteri Malaysia yang baru selepas PRU13 nanti untuk memberi justifikasi yang lebih memihak kepada mereka.
Nampaknya Nur Misuari turut sama berkempen untuk PRU13 Malaysia, mungkin ada laba yang telah dijanjikan oleh 'cooler head' kepadanya. Tidak mustahil jika dia sangat mengambil tahu tentang isu politik Malaysia sehingga mempromosikan kes 'pengakuan' bapa Saiful Bukhari di laman FBnya walaupun sedang sibuk memberi sokongan moral kepada pengganas2 Sulu di Sabah di laman sosial itu.
Mengapa Nur Misuari mencipta pelbagai spekulasi memburukkan PM Najib Razak sambil mengagungkan seseorang yang dikenali rapatnya dari Malaysia?? Ingat kembali kenyataan dari pihak perisikan Filipina, PEMBANGKANG MALAYSIA yang menjanjikan tanah untuk pengganas2 Sulu tersebut, bukan DS NAJIB RAZAK.
Lebih percaya spekulasi oleh Nur Misuari atau laporan oleh perisikan Filipina??
.
Comments