2 buah video (setakat hari ini) pendedahan eksklusif mengenai tragedi berdarah Memali dari channel UMB-NEWS akan menjadi duri tajam menyucuk segala pembohongan PAS jika terus menyebut perihal Memali dalam kempen PRU13 nanti.
Sekian lama penganut PAS dimomokkan dengan cerita rekayasa mengaitkan Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya yang terbunuh sebagai syuhada, sedangkan 4 anggota polis yang terkorban dianggap petualang kerana mengikut telunjuk kerajaan.
Dalam video pertama [KLIK SINI] sudah didedahkan beberapa hal yang selama ini disimpan atas nama menjaga hati sesetengah pihak yang terlibat dalam insiden yang sudah hampir 30 tahun berlalu ini. Tapi bila PAS tidak pernah jemu menghidang cerita bias versi mereka semata-mata untuk mencalar imej musuh mereka (kerajaan BN), perkara ini akhirnya didedahkan untuk pengetahuan umum.
KEBACULAN PAS
Jika kita perhatikan dalam video (BAHAGIAN 2) di atas, kita dapat lihat jelas betapa baculnya lelaki-lelaki berserban-kupiah yang lantang bertakbir melaung jihad. Kesemua mereka bersembunyi di dalam semak sedangkan kaum wanita dan kanak-kanak diserap menjadi benteng pertahanan hadapan.
Inikah konsep perjuangan (perang) di dalam Islam - menagih mati sebagai syuhada seperti yang mereka cita-citakan? Peranan wanita sepatutnya membantu di benteng belakang seperti sabda Nabi saw dalam hadith ini...
Diriwayatkan oleh Ummu Ziyaad r.a., “Dalam perang Khaibar saya sendiri dan 5 orang lainnya adalah wanita berada pada perang tersebut. Rasulullah saw. mempelajari (keadaan ini) dan mengirimkan mereka untuk kita. Beliau (saw) berkata dengan marah, “Siapa yang mengizinkan kamu untuk keluar dari sini? Siapa yang membawa kamu ke tempat ini?” Kami berkata, “Ya Nabiullah! Kami sekarang bersatu dan kami memiliki pengubatan yang bersama kami, kami mampu membantu para mujahidin dengan membekalkan mereka dengan anak panah, dengan mengubati mereka ketika mereka sakit dan menyiapkan makanan bagi mereka.” Rasulullah kemudian mengizinkan kami untuk tinggal” . (HR. Abu Dawud)
Hal yang hampir sama mereka lakukan sekarang bila merancang sebarang protes dan demonstrasi menentang kerajaan, seperti Bersih. PAS & KEBACULAN memang tak dapat dipisahkan...
MEMALI & LAHAD DATU
Apa signifikan insiden 28 tahun ini dengan peristiwa di Lahad Datu sekarang? Tentang mempertikaikan pengorbanan anggota keselamatan yang menjalankan tugas untuk menjaga keselamatan negara. Kita dapat saksikan rintih siksa seorang anggota polis berpangkat Sarjan yang ditetak lehernya oleh pengikut Ibrahim Libya, sedang nazak menunggu ajal.
Kita singkap pula adegan awal bagaimana pihak polis cuba mententeramkan keadaan tanpa sebarang perlakuan keras. Apa yang harus mereka lakukan bila ada di antara pengikut Ibrahim Libya bertindak secara agresif seperti kerasukan menyerang mereka? Membiarkan leher ditetak seperti nasib sarjan dalam video di atas atau menembak mati 'para syuhada' mabuk ketum PAS tersebut?
Apa nasib 4 orang anggota polis yang terkorban dalam insiden Memali ini? Mereka dicerca dalam setiap ceramah sebagai anjing kerajaan yang selayaknya menerima nasib sebegitu. Hampir sama dengan insiden Lahad Datu bila anggota2 keselamatan yang terkorban dianggap sebahagian dari sandiwara oleh kerajaan/UMNO/BN. Ikuti lebih lanjut kaitan Memali & Lahad Datu [KLIK SINI]
SYIAH
Kejayaan Revolusi Iran menjatuhkan Shah Pahlavi dalam tahun 80an mempengaruhi gerakan2 Islam di masa itu untuk menjatuhkan kerajaan dengan rampasan kuasa dan mencetuskan huru-hara.
Tidak hairan bila gambar Ayatollah Khomeini terpampang di dinding madrasah milik Ibrahim Libya. Ditambah pula dengan sosok radikal di dalam PAS pada masa itu, Haji Hadi yang mengeluarkan amanat menggalakkan penentangan kepada kerajaan membuatkan ramai yang terpengaruh dengan seruan jihad yang menyesatkan.
Haluan Syiah (Revolusi Iran) yang menggalakkan kekerasan & permusuhan sesama Islam menjadi ikutan beberapa orang pemimpin atasan PAS dari dulu hingga sekarang... BACA SINI [KLIK!]
SELEWENG TABUNG MEMALI
Isu penyelewengan tabung Memali oleh pimpinan PAS akan diulas lanjut di masa akan datang... Nantikan pendedahan video seterusnya berkaitan insiden Memali.
Comments
Apa yang orang tak tahu, ceramah2 pas semasa itu sangat memberikan kebencian kepada Malaysia dan Mahathir. Apa sahaja yang berlaku, kemiskinan, kerosakan jalan raya, ketiadaan air, gangguan bekalan elektrik, semua akan dikaitkan dengan kekejaman Mahathir. Kami kanak2 membesar dalam memikirkan bahawa Mahathir lah punca segala masalah di dunia ini. Satu sahaja jalan keluar yang diberikan, hendak keluar dari kemiskinan, jangan undi Umno. Buang mahathir yang zalim. Itu sahaja jalan membaiki diri. Tidak ada jalan lain. Tidak ada istilah "mari bersyukur", "mari berusaha membaiki diri", "mari berniaga", "mari membaca", 'mari mencari ilmu untuk membangunkan diri kita", "mari bekerja", "mari berdoa untuk kebahagiaan keluarga kita"... tidak ada. Semuanya adalah salah kerajaan dan kezaliman mahathir. Kami tidak diajak melihat kedalam diri sebaliknya diajar menuding jari. Jadi saya tidak hairan kalau orang2 PAS masih miskin, daif. Lihatlah. Modus operandi PAS masih belum berubah. Kehidupan pengikut PAS pun majoritinya masih ditakuk lama. Dan saya juga tidak hairan dengan persepsi PAS bahawa asalkan tengok orang kaya sahaja, mesti mengamalkan rasuah, atau ada orang dalam/kabel dalam Umno.
Persepsi yang saya dapat ketika masih kanak2 dan remaja yang giat mengikuti ceramah/aktiviti Pas ketika itu, ialah semua aktiviti PAS adalah aktiviti agama. Ceramah Pas adalah ceramah agama. Calon Pas adalah guru agama/pendakwah agama. Menyertai Pas adalah satu2nya cara mempertahankan agama. Dan Umno penentang agama. Tidak ada cara lain bagi orang Islam jika tidak menyertai Pas. Takut kafir. Takut tak masuk syurga (berbeza sedikit dengan pandangan Umno bahawa Pas adalah tiket ke syurga, kami percaya bahawa Pas bukan jaminan ke syurga tapi penyertaan dalam Pas itu membuktikan kami adalah orang Islam, yang tidak bersekongkol dengan munafik dan kafir, dan perjuangan jkami diredai Allah, sama hebatnya seperti jihad)
Dan satu lagi yang perlu saya beritahu, ialah indoktrinasi di kampung2, dalam ceramah agama, dalam khutbah jumaat, dalam kenduri-kendara dan aktiviti sekolah agama, ditambah dengan boikot terhadap tv tertentu, berita tertentu, akhbar tertentu, menyebabkan saya yang masih kecil waktu tu, menyangkakan kami tinggal di sebuah kampung di Malaysia, yang mana kami dijajahi oleh tentera dan polis zalim pimpinan mahathir dan umno. Hari pahlawan pada kami ialah ulangtahun memali.
Saya juga membesar membenci mahathir dan kerajaan, atas sebab yang saya sendiri tak pasti, tapi saya yakin kerajaan itu zalim, kalau tak, mesti hidup kami lebih senang, mesti hidup kami tak sesusah ini.
Alhamdulillah, sekarang saya dengar dari semua pihak. Saya tak nafikan ada info yang salah dari pihak Umno juga, tapi sekarang saya tahu siapa yang menyeleweng. Siapa yang berbohong. Siapa pembohong besar. Sia-sia rasanya kehidupan waktu kecil saya dihabiskan dengan membenci Mahathir, rasa berdosa saya pada beliau, saya doakan kebahagiaan buat beliau. Moga Allah berikan kemanisan untuk beliau dan isteri menjalankan ibadah khusus pula.