TERKINI: Gempur Hari Kedua #OpsDaulat Di #LahadDatu Sabah


Anggota tentera menaiki kereta perisai dilihat melalui jalan ke FELDA Sahabat 17 yang menjadi lokasi serangan terhadap kumpulan penceroboh.

Serangan terhadap kumpulan pengganas bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, semalam adalah demi menjaga maruah dan kedaulatan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan tanah air seperti dituntut oleh rakyat selepas usaha mengelakkan pertumpahan darah menerusi rundingan dengan kumpulan yang mendakwa Tentera Sultan Sulu itu tidak diendahkan.

sumber: VAT69 - akan cuba di update dari semasa ke semasa...



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu.

Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung.

Beliau tidak mendedahkan lokasi kejadian itu tetapi memberitahu seorang pengganas Sulu tumpas manakala tidak ada sebarang kecederaan di pihak Malaysia.

Ismail juga mengesahkan bahawa kawasan Ops Daulat yang sebelum ini seluas 4 kilometer, kini diperluaskan lagi berikutan ada di kalangan pengganas dipercayai yang bergerak ke beberapa kawasan lain dengan menyamar sebagai orang awam.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

Pada sidang yang sama, beliau juga berkata, pihaknya belum lagi mahu menyiarkan jumlah pemberontak Sulu yang cedera atau maut dalam operasi yang digerakkan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semalam.

Dalam operasi itu yang bermula sekitar 7 pagi, pengganas digempur dan dilemahkan dalam masa hanya 3 jam oleh pasukan tentera.

Comments