#GE13: Video Hot!! Kenapa Gereja Israel Bersungguh2 Mendoakan Kerajaan Malaysia Bertukar??



Anwar cuba berdolak-dalik tentang kenyataannya dalam Asian Wall Street Journal mengenai sokongan terbuka terhadap keselamatan negara Israel... mungkingkah sebab itu gereja di Jerusalem mahukan kerajaan Malaysia bertukar kepada PR dalam PRU13 nanti, membuka hubungan diplomasi??




1. Satu revelasi yang mengejutkan pada hari ini adalah apabila rakaman video sebuah majlis bacaan doa oleh penganut agama Kristian Pro-Israel mendoakan agar kemenangan diberikan untuk pihak Pembangkang untuk PRU-13 dimuat naikkan ke laman YouTube.

2. Antara doa-doa yang dibacakan adalah seperti: 


Let Malaysia new government to do the new thing. Let the new government to open their door to Israel and have good connection with Israel.

3. Satu per satu petunjuk telah diberikan oleh Allah swt tentang betapa pincangnya pakatan pembangkang ini.

4. Malah video ini menguatkan lagi fakta yang pernah Anwar Ibrahim ucapkan dahulu iaitu tentang menyokong keselamatan Israel.

5. Pendedahan rakaman ini dilakukan bukan kerana faktor agama tetapi faktor politikal. Pendedahan ini juga adalah kerana rakaman ini berbentuk politikal dan bukannya untuk menghina mana-mana agama. malahan mereka ini juga bukannya rakyat Malaysia!

6. Terlalu banyak persoalan yang timbul akibat daripada video ini. Tetapi yang paling berlegar adalah mengapa Malaysia yang dipilih? Mengapa tidak negara lain? Pernah adakah mana-mana pemimpin pembangkang berjumpa dengan kumpulan ini lalu mengadu masalah mereka kepada kumpulan ini? Bagaimana pemimpin tersebut mempunyai akses kepada Israel?

7. Agak-agaknya apa kata pemimpin PAS tentang hal ini?

8. Kita tunggu kenyataan daripada Nik Aziz.

9. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!


Comments

Anonymous said…
aku tengok kat you tube, ada jugak yang buta hati tentang video ni, tak nampak apa yang dia orang lakukan, halo bro perhalusi apa yang ada sekarang, guna mata hati
Anonymous said…
semoge blogger ni mati dlm keadaan yg diazab Allah sblm sempat minta maaf pada mangsa2 fitnah...amin
Anonymous said…
Kalau Anwar Ibrahim punya kes, fitnah dan konspirasi. Kalau Najib kena benda sama, aku yakin muka yg sama bubuh lebih. Hipokrit. Anwar Ibrahim tu maksum ke apa? Fitnah korang pasal Altantuya dgn Scorpene tu apa citer. Cakap org macam sendiri sudah baik je. PR tu lagi busuk daripada BN.
Anonymous said…
kepada anon 12.33(1 May)

Kenapa awak mendoakan perkara yg buruk pada orang lain? sesama Islam pulak tu? Awak ni ada masalah hati ni....Kita kena sebagai orang Islam kena bersatu walau apapun fahaman politik kita...