Initipati ucapan PM - DS Najib Razak sempena pelancaran Manifesto 'AkuJanji' BN untuk PRU13 di Stadium Putra Bukit Jalil sebentar tadi:
|- Selama 4 tahun, kita telah membuat perancangan yang sistematik.
|- Rekod Kerajaan BN menunaikan janji jelas menerusi transformasi ekonomi, politik dan sosial.
|- Adakah 4 negeri pimpinan pembangkang telah bentangkan report card kepada rakyat?
|- Jika mandat baru diberikan kepada Barisan Nasional, kita akan laksanakan aku janji ini kepada rakyat.
|- Aku janji ini merangkumi 17 bidang sekiranya kita dipilih oleh rakyat.
|- Kita berpegang kepada prinsip tiada bakti yang lebih mulia daripada berkhidmat kepada rakyat.
|- Allahyarham ayahanda pernah berkata: "Tugas kamu kepada negara adalah utk memenuhi amanah rakyat dengan sedaya upaya.
|- Ekonomi dunia tidak menentu, tetapi kita telah mencapai pertumbuhan sebanyak 5.6% pada tahun sudah
|- Kejayaan Malaysia unik kerana model pertumbuhan diikuti dengan kadar inflasi dan kadar pengangguran yg rendah.
|- Kita komited mengurangkan cukai individu dan korporat secara beransur-ansur.
|- Menjelang 2020, kita akan mencipta 3.3 juta peluang kerja baru termasuk 2 juta dlm sektor berpendapatan tinggi.
|- Kita telah penuhi Harapan Rakyat dalam masa 4 tahun. Cuba bayangkan apa yang boleh dicapai 5 tahun lagi.
|- Kerajaan BN akan membina 1 juta rumah mampu milik.
|- Dalam tempoh 5 tahun ini, BR1M akan dinaikkan secara beransur kpd RM1,200 bagi isi rumah.
|- Baucar Buku 1Malaysia akan dinaikkan kepada RM300 manakala Bantuan Persekolahan pula dinaikkan kepada RM150.
|- Kereta api laju KL- Singapura yang akan melalui bandar2 di Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat & Johor Bahru.
|- 2,300 km Lebuh Raya Pan Borneo akan dibina dari Sematan, Serawak hingga ke Serudung, Sabah.
|- Masalah bekalan air terawat di Kelantan akan diselesaikan.
|- Pelan Induk Pembangunan Pendidikan akan tingkatkan kualiti pendidikan menekankan BM, BI, Sains dan Matematik
|- Meningkatkan akses pra persekolahan kepada tahap 90 peratus dalam tempoh 5 tahun.
|- Unit Rondaan Bermotosikal PDRM akan diperkukuhkan dengan tambahan 5,000 lagi motosikal.
|- Kita akan meningkatkan autonomi SPRM.
|- Penambahan penglibatan wanita dalam proses membuat keputusan di peringkat nasional.
|- Piihan raya kali ini bukan saja menentukan siapa yang akan meneraju negara. Ia menentukan halatuju negara.
|- Hutang negara akan melonjak 65% KDNK di bawah manifesto Pakatan Rakyat.
|- Satu undi untuk BN maksudnya satu undi untuk Harapan Rakyat yang sebenarnya.
|- Pilihanraya kali ini bukan saja menentukan siapa yang akan meneraju negara. Ia menentukan halatuju negara.
Untuk laporan penuh MANIFESTO 'AKUJANJI' BN sila layari: http://www.manifestopru13.com/
Comments