Sedar tak sedar, sudah 10 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas PM Malaysia ke-4 yang telah memacu pembangunan negara dengan jaya pada eranya meletakkan jawatan dalam politik. Tun M bersara pada tahun 2003 saat strategi & pemikirannya masih ditagih oleh sebilangan besar penduduk Malaysia.
Kini Tun M cuma memberi sumbangan dari belakang tabir, negara dikemudi oleh individu yang dianggap paling sesuai berdasarkan pengalaman & tahap kesihatannya; DS Najib Razak yang menjangkau umur 60 tahun pada tahun ini. Menceburi bidang politik seawal usia 23 tahun, DS Najib Razak menggunakan pengalaman dalam kepimpinan selama lebih 40 tahun disertai dengan darah pemimpin yang diwarisi dari ayahandanya, PM Malaysia ke-3 - Tun Abdul Razak.
Apa cerita dengan pemimpin2 atasan Pakatan Riot??
Nik Aziz memegang rekod pemimpin paling tua bertanding dalam PRU13, pada usia 82 tahun dengan tahap kesihatan yang sangat meragukan. Nik Aziz terpaksa mengikut 'arahan' anak2 buah PAS Kelantan kerana imejnya saja yang mampu menjadi 'ikon' kesinambungan pemerintahan PAS di Kelantan yang telah menginjak 23 tahun. Namun situasi kali ini agak berbeza, billboard Nik Aziz dengan imejnya sedang menangis berdoa atau bersila makan laksa takkan mampu lagi menjadi 'umpan' simpati murahan menjelang PRU13 bila rakyat Kelantan sudah mula tersedar dari lena yang panjang!
Seperti Nik Aziz yang sedang membina dinasti regimnya, pemimpin atasan DAP Lim Kit Siang & Karpal Singh yang masing2 telah menjangkau usia 'jurassic' bagi seorang pemimpin - 72 & 73 tahun, tetap meneruskan kerjaya politik disamping mendidik anak-beranak mereka untuk menjadi penyambung dinasti penentangan terhadap kerajaan.
Hayat politik Karpal belum dapat diramalkan, namun Lim Kit Siang berkemungkinan akan mengakhiri bidang politik dengan 'sad ending' ekoran keputusannya bertanding di Johor pada PRU13 ini. Walaupun dengan bantuan kempen oleh 'abang besar' PAP dari Singapura, pastinya orang2 Johor akan menentang habis-habisan dari elemen racist & komunisme DAP bertapak di Johor.
Begitu juga dengan 'anugerah Tuhan' dalam Pakatan - pemimpin yang dimomok bakal menjadi tuan baru Seri Perdana Putrajaya, Anwar Ibrahim sudah menjangkau usia 66 tahun... mungkin ini peluang terakhirnya untuk menggunakan 'kuasa lidahnya' dalam mengelentong rakyat habis-habisan demi cita2 peribadi menakluk Putrajaya. PRU14 nanti Anwar sudah terlalu tua untuk berjuang mengejar jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Namun harapan Barat & Israel ini sudah pasti menemui jalan buntu kerana majoriti senyap yang tak suka memekik di laman sosial atau kedai kopi takkan memberi seinci ruang kepadanya menjejak tangga Jabatan Perdana Menteri.
Presiden PAS, Haji Hadi pada usia 66 tahun cuma ibarat boneka yang terjerat dengan 'amanat sesat' di zaman radikal semasa usia mudanya yang menentang perlembanggaan 'kafir' sehingga mencetus pertumpahan darah di Memali. Kini dia turut sama menjunjung Buku Jingga yang termaktub akan meneruskan perlembagaan sedia ada jika PR memerintah.
Hapuskan raksasa-raksasa tua Pakatan Riot dari zaman Jurassic dalam PRU13... jangan biarkan mereka meninggalkan telur2 nepotisme dalam meneruskan kesinambungan dinasti karut-marut mereka!! -RR
Comments