#PRU13 - Pasir Mas: Setinggi Respek Untuk Che Johan Che Pa... Betapa BN Serius Mahu Tumbangkan PAS Kelantan!!
Berbanding sesetengah negeri terdapat ramai juga 'golongan kecewa' yang mahu bertanding atas tiket bebas bila PM tidak menamakan mereka sebagai calon dalam PRU13... Naib Ketua Bahagian UMNO Pasir Mas yang pada awalnya dinamakan oleh PM sebagai calon, CHE JOHAN CHE PA sanggup memberikan laluan kepada Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali untuk melawan calon PAS yang juga putera politik Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh demi memastikan dinasti 23 tahun rejim khawarij PAS di Kelantan ditumbangkan. Sebagai anak jati Pasir Mas, gua ingin mengalungkan setinggi salut & respek untuk Che Johan Che Pa... YOU ARE THE TRUE BN WARRIOR!!
CALON BN TARIK DIRI, BERI LALUAN DATUK IBRAHIM ALI BAGI PUKULAN TKO KEPADA ANAK NIK AZIZ!!
Kerusi Parlimen P22 Pasir Mas bakal menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas (proBN), Datuk Ibrahim Ali dengan calon Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Che Johan Che Pa, calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi tersebut tidak menyerahkan borang pencalonanan calon biarpun hadir di situ pagi ini dan seterusnya memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali untuk menentang Nik Abduh.
Ini sekaligus menolak kemungkinan berlakunya pertandingan tiga penjuru di parlimen tersebut selepas Datuk Ibrahim Ali sebelum ini mengumumkan untuk bertanding atas tiket bebas dan dalam masa yang sama menyokong Barisan Nasional.
Sewajarnya Che Johan Che Pa diberikan pujian kerana sanggup berkorban demi memberi laluan kepada anak jati Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali agar PAS dapat ditumbangkan dengan lebih mudah di parlimen tersebut.
Che Johan Che Pa (kanan) datang memberikan sokongan kepada Datuk Ibrahim Ali di hari penamaan calon, semalam. KEMAH-KEMING SEP KITO... RESPEK!! |
Pusat penamaan calon di Pasir Mas dihadiri lebih 6000 penyokong Barisan Nasional walaupun calon dari BN tidak menyerahkan borang pencalonan.
Namun, Datuk Ibrahim Ali mendapat sokongan penuh dari penyokong-penyokong BN. Jentera BN dan PERKASA dilihat bersatu hati untuk menumbangkan anak Nik Aziz yang bukan anak jati Pasir Mas.
Kemenangan Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas pastinya dapat memudahkan agenda perjuangan demi agama, bangsa dan tanahair kerana beliau sememangnya dikenali sebagai pejuang sejati dan disayangi rakyat Pasir Mas.
Rakyat Pasir Mas diseru untuk bersatu hati dan memilih Tok Him yang selama ini telah berjasa kepada rakyat di parlimen tersebut.
Sekarang bukan lagi masa untuk mempertikaikan siapa calon, tetapi ini adalah masa untuk TUKAR KELANTAN~!!!
- tukarkelantan.blogspot.com
SALING TAK TUMPAH RADIKALNYA DENGAN HAJI HADI DI ZAMAN MUDANYA... MAHUKAH PENDUDUK PASIR MAS MENGANGKAT INDIVIDU SEPERTI INI SEBAGAI WAKIL MEREKA DI PARLIMEN???
Comments
KEJAP PUJI PULAK.
LAKONAN PALING SIAL ARAHAN TUN YG DAH NYANYOK TU LA GAMAKNYA.
APA2 PUN, KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA IBRAHIM ALI NI DAH LUNTUR HABIS.
KALAU TAK PERCAYA, TENGOK LA KEPUTUSAN NANTI. AKU BERANI POTONG TELINGA KALAU DIA MENANG.