Teori Konspirasi: Tragedi Spender Putih XXXXL - #GE13


VIDEO SEKS MUSTAFA ALI ADA KAITAN ANWARINAS??

Penyebaran video seks yang didakwa membabitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkemungkinan besar didalangi puak Anwarinas yang sememangnya mahu menamatkan karier politik beliau.

Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli mendakwa, bahawa puak ini telah menyimpan rahsia hitam peribadi Mustafa kira-kira setahun lamanya dan menantikan masa sesuai untuk menjatuhkan beliau daripada terus memimpin Pas.

Berikut adalah kenyataan penuh dakwaan Khairul Anuar mengaitkan konspirasi puak Anwarinas untuk menjatuhkan Mustafa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini:

1. Nampaknya sekarang sudah terbongkar rahsia hitam peribadi Mustafa yang telah disimpan oleh puak Anwarinas hampir setahun lamanya. Baharulah kita faham bagaimana selama ini puak Anwarinas boleh peras ugut Mustafa. Beliau sepatutnya buat laporan polis tentang perkara ini lebih awal lagi jikalau tidak bersalah.

2. Sekarang nampak peluang beliau untuk menjadi calon bagi Parlimen Putrajaya terbang ikut tingkap. Waktu perbuatan puak Anwarinas ini memang tepat. Kita difahamkan bahawa dari awal lagi Mustafa bakal jadi calon bagi Parlimen Putrajaya tetapi nyata beliau kena checkmate oleh puak Anwarinas.

3. Kita hendak tanya apakah tindakan yang bakal diambil oleh Mustafa. Beliau ada dua pilihan iaitu meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Pas ataupun salahkan UMNO. Jikalau Mustafa mahu salahkan UMNO, maka beliau kena terlebih dahulu buat laporan polis serta angkat sumpah di masjid. -UM

=========================
TERJAH: SIAPA MUSUH STOPA SPENDER DALAM PAKATAN??

Hmmm..terfikir juga di hati..siapakah dalang sebenar yg bertanggungjawap membuat dan menyebarkan video seks SETIAUSAHA AGUNG PAS MUSTAFA ALI..Jika mengikut logik akal penganut ajaran Pas yang cetek itu,sudah pasti jari telunjuk dihalakan kepada parti UMNO.

Mari kita buat sedikit analisis ringkas, benarkah UMNO yang bertanggungjawap? nampak mcm benar, tapi kalau ditelusuri dengan lebih mendalam sedikit,agak janggal untuk menuduh semua ini adalah kerja buat UMNO..

Untuk apa UMNO harus menyerang Mustafa Ali? Lebih baik UMNO menyerang terus Presiden Pas atau Timbalan Presiden Pas yang terkenal dgn kebuasan seksnya selama ini. Ataupun UMNO lebih baik saja menyerang Naib Naib Presiden Pas terutama Din Puduraya yang pernah mempunyai skandal ataupun di dungu Mahfuz Bean Omar atau seorang lagi calon Pas bagi kerusi Parlimen Putrajaya iaitu Husam Musang..


Selama ini UMNO jarang menyerang Mustafa Ali, malah ketika heboh polemik Kerajaan Perpaduan UMNO-Pas yang di ilhamkan oleh Presiden Pas dulu, Mustafa Ali adalah antara pemimpin tertinggi Pas yang menyokong idea tersebut..

Malah ketika Anwar Ibrahim mengencing rakyat Malaysia mengenai projek 16 September dulu, Mustafa Ali lah satu satunya pemimpin PR yang bangkit membuat sidang media menyatakan projek haram Anwar Ibrahim itu sebagai MENGARUT..

Pendirian Mustafa Ali yang lebih condong dan mempunyai persamaan dgn UMNO, jadi mana mungkin UMNO yang menjadi dalang kepada pengedaran video seks Mustafa Ali itu.. Sebenarnya, ketika ini parti parti di dalam PR sendiri sedang bergaduh berebut kerusi..

Untuk makluman semua, Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung Pas adalah antara individu yang dipertanggungjawapkan oleh Pas untuk berunding dengan parti PKR dan DAP dalam pembahagian kerusi..

Mustafa Ali dilihat terlalu berkeras mempertahankan hak Pas dan langsung tidak mahu berganjak menggadaikan kerusi Pas daripada dibolot oleh PKR khususnya..

Jadi tidak mustahil ini menimbulkan kebencian di pihak PKR terhadap Mustafa Ali.. Teori ini diperkuatkan lagi apabila Polis menahan 2 org lelaki yang dipercayai pemimpin Angkatan Muda Keadilan AMK di Terengganu ketika sedang mengedarkan video seks Mustafa Ali dari rumah ke rumah..

Malah jika diperhatikan betul betul dalam video itu, pasangan skandal Mustafa Ali acapkali memandang ke arah kamera..seolah olah dia menyedari adanya kamera litar tertutup di situ dan tak mustahil jika PKR yang diketahui mempunyai dana yang banyak telah membayar dan mengupah wanita tersebut bg memerangkap Mustafa Ali dalam satu skandal yang menggemparkan dunia politik negara..

Tidak mustahil bukan? Jadi terbukti skali lagi yang Pas hanya mangsa buli PKR dan DAP saja..Pas langsung tidak dihormati malahan dibuli dan diperangkap dengan perangkap yang memalukan..

Aktivis Umno Pekan Naka

Comments

Anonymous said…
.

..

...

Checkmate bro.
Tersepit. Megelupur.
Tak tentu hala. Statement kawan lain pun tak konsisten.
Selamat berjuangan Stopa.
Rest in Peace - Politik Stopa the STOP.
Baca talkin la.

...
..

.
Aan Shared said…
nice share mas bro!!!