Kerosakan Serebrum UMNO Kedah... TMK Patut Jadi Team Media Dannok!! #HanyaDiKedah

*Sepatutnya artikel ini disiarkan tengahari tadi tapi terpaksa ditangguh atas sebab2 teknikal* 


Masih segar dalam kotak memori gua, TEAM MEDIA KEDAH (TMK) ditubuhkan penghujung 2011 selepas pertemuan blogger McTheory dengan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) PPUM, Tun Faisal Ismail Aziz di Jalan Semarak KL. Bertitik tolak dari pertemuan itu McTheory mula mengumpulkan jentera sibernya dari seluruh Negeri Jelapang Padi itu bagi membongkar kelemahan dan penyelewengan pentadbiran PAS Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan.

UMB Pusat hadir ke kursus pertama melatih jentera siber Kedah (TMK) di Langkawi yang masih lemah dari beberapa aspek propaganda dalam cyber warfare. Diikuti dengan beberapa siri kursus lain selepas itu, menggerakkan TMK menjadi antara pasukan paling rancak membantai PAS/PR di pentas siber, tidak pernah terhenti sehingga UMNO/BN berjaya merampas kembali Kedah selepas PRU13.

Mungkin ada pertikaian dari pemimpin UMNO yang jumud tentang perang siber, menyuarakan penetrasi internet tidak meluas di Kedah untuk jentera siber menjadi faktor dalam permainan persepsi. Mereka lupa tentang berapa ramai anak-anak Kedah di perantauan, di kota2 besar yang menjadikan internet sebagai sumber maklumat untuk mengetahui tentang perkembangan politik negeri mereka sebelum pulang memangkah undi 5 Mei lalu. Jika itu menjadi alasan mengapa ada pihak lain yang UMNO Kedah memberi kepercayaan & imbuhan sedangkan hasil kerja mereka tidaklah sehebat mana.

Ada pihak yang menyedut RM belasan ribu sebulan dari orang penting UMNO Kedah, "Datuk B" hanya dengan memanipulasi hasil penah lelah TMK sedangkan blogger2 dan cybertroopers dalam kumpulan ini ternganga tanpa sebarang pembelaan.

Lebih baik TMK mempromosikan pusat2 hiburan di Dannok, Thailand... berkemungkinan taukey pusat2 hiburan tersebut lebih prihatin dengan nasib blogger & cytroopers pro-UMNO di Kedah untuk memberikan imbuhan setimpal dengan usaha mereka, tidak dianaktirikan oleh UMNO Kedah yang mereka perjuang bermati-matian sebelum ini.

Harap blogger2 TMK seperti KedahKeKL, Medan Tempur, Pisau Kedah, Aktivis Pendang JR, Kamera Kupang dll cukuplah sudah memperbodohkan diri sendiri bila penat lelah hangpa dimanipulasi, hasil kerja hangpa tidak dihargai, survival perjuangan hangpa cuma berbalas air liur basi!

Baca juga di SINI, SINI, SINI & SINI.

Comments

matkilaupenang said…
awat letak gambar aku kt situ nanti pecah la lobang...
Anonymous said…
Kalo x pasai blogger pro bn ni, aku x buat perjalanan jauh balik pangkah calon umno hari tu, ramai lagi yg serupa, takdak niat pun nk tuntut elaun tp kt pondok panas petugas bersungguh sungguh bg baucer suroh p tuntut elaun perjalanan, tapi... Habuk pun tarak, pekena org yg balik ngundi dari KL, johor...siap tutup pintu, lekat notis kata tuntutan elaun dah tamat, org pejabat umno sembunyi.. Cukup tak matang perangai nooo... Hmmm umno merbok, INI KALI SAJALAH.., kalau tkmau bagi tu, tak payah bg janji bagi voucher bagai2, org pun tak kebuloq, buang masa p tunggu.
Anonymous said…
Bila niat hanya mengundi untuk wang itulah akibatnya..ikhlas diri untuk mengundi....
Kutukandewata said…
SALAM SAHABAT,

TAK PERLU KITA HERAN DENGAN SIKAP PEMIMPIN UMNO.MEREKA EGO TINGGI DAN RASAKAN MEREKA AJE BOLEH MENANGKAN PARTI MEREKA.SELURUH MALAYSIA BERPERANGAI MACAM TU.

YANG PENTING TANYA DIRI KITA SENDIRI.SIAPA PERLUKAN SIAPA?KITA PERLUKAN DIA ORANG,ATAU DIA ORANG PERLU KAN KITA?

PRU 13 NASIBLAH MEREKA MENANG.KERANA PEMBANGKANG PUN BANYAK HURU HARANYA.

TENGOKLAH NANTI BILA PEMBANGKANG SUDAH JADI BAIK DAN BAGUS TIADA ISU BESAR ATAU SKANDAL,MASA TULAH PEMIMPIN UMNO TAHU LANGIT TINGGI RENDAH DAN MENGGELUPUR MENCARI BLOGGER MACAM KITA.

MASA TU SUDAH TERLAMBAT,KITA PULAK PANDANG DIA ORANG SEBELAH MATA!