Kotak Pandora Baru Dihantar Ke Pejabat DS @NajibRazak - Khairun Aseh

KOTAK PANDORA (Pandora's Box) adalah definisi kepada "punca/sumber pelbagai kecelakaan yang bakal berlaku". 



Selepas ramai sosok yang bergelar Setiausaha Politik (SUPol) kepada Perdana Menteri menjadi KOTAK PANDORA yang terbuka lewat PRU13 lalu, semua pihak yang sayangkan PM, UMNO & BN mengharapkan DS Najib Razak akan lebih berhati-hati sebelum membuat pemilihan SetPol selepas ini.

Bila terpacul nama Dato' Khairun Aseh akan mengangkat sumpah menjadi salah seorang SUPol PM, ramai beranggapan DS Najib tidak pernah belajar dari kesilapan.

Tapi tidak boleh ditunding sepenuh kesalahan kepada PM, kadang-kala seorang yang mudah berlembut seperti DS Najib terpaksa akur bila melibatkan lobi & rekomendasi oleh kawan-kawan sendiri. Seperti garapan blogger DOUBLE-Y, Khairun dipilih berdasarkan "daddykabel" BACA SINI (KLIK) bukan kerana portfolio gemilang berjaya membawa pulang anak2 gadis dari Lombok semata.

Sebagai seorang AJK UMNO Putrajaya, apa usaha yang telah dilakukan oleh Khairun yang muncul 4 tahun sekali di Putrajaya (menjelang pemilihan UMNO bahagian) boleh dibaca di blog HAK-MALAYSIA (KLIK) dan KERIS7LOK (KLIK). Atau jika mahukan sesuatu yang lebih pedas berbaur sinikal tentang sejarah Khairun di Putrajaya (semasa pemilihan 2008), sila baca di SINI (KLIK - MESTI BACA!).

Bila 5 orang SUPol PM dipilih menjadi calon PRU13 lalu, ramai beranggapan jawatan itu adalah jalan paling mudah untuk mengejar cita-cita politik. Khairun diberitakan mahu merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Putrajaya seperti dicatat oleh blogger SANGKAKALA (KLIK)... Kapasiti ayahandanya yang kini memegang jawatan sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya boleh diibaratkan sebagai sayap-sayap halimunan untuk membantu Khairun mengapai ke puncak itu. Itu bukan penamat cita-cita politiknya, desas-desus juga mengatakan anak muda berusia 34tahun ini akan turut bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda menjelang PAU 2013. Cita-cita politik paling agung mungkinkah menjadi calon Putrajaya dalam PRU14 nanti??

Harap DS Najib Razak membuat perkiraan semasaknya sebelum majlis angkat sumpah SUPol beliau bagi mengelakkan KOTAK PANDORA yang lebih busuk bakal terbuka jika tersilap pilih "pengkhianat parti" sepertimana yang ditakrifkan oleh blogger APA (KLIK SINI).


BACA SAMBUNGANNYA DI SINI - KLIK!!

Comments

Anonymous said…
Woi Najib,

4 daripada 5 pegawai kau kalah dalam PRU tau. 1 yang menang pun sebab bertanding dalam kawasan yang kau jadi calon parlimen...

Hilang akal agaknya Najib ni, bagus kau letak jawatan biar bini kau pulak jadi PM...

Penyakit bodoh kau semakin menjadi-jadi nampaknya...
Anonymous said…
dapat gelaran DATO' sebelum umur 30 tahun lagi???????? hebatttttttt..... apa jasa dia kpd negara??????