Ada Apa Dengan #NKPUM?? @KhairyKj @jamawijaafar @LokmanAdam @razlanrafii @azwanbro


Menjelang pemilihan UMNO yang akan diadakan penghujung tahun ini, jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia (NKPUM) dijangka menjadi satu enigma panas tentang siapakah yang bakal menduduki kerusi yang akan dikosongkan oleh Dato Razali Ibrahim.

Jawatan Ketua Pemuda juga diharapkan turut dipertandingkan bagi membius semangat baru dalam kepimpinan Pemuda UMNO, namun wibawa & integriti yang telah dibina oleh YB Khairy Jamaluddin terasakan terlalu kebal untuk ditembusi.

Peluang untuk memegang jawatan Naib Ketua Pemuda masih terbuka memandangkan masih tiada calon yang dilihat sebagai superstar. Beberapa individu dari kepimpinan atasan Pemuda telah mula menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan ini, antaranya...

LOKMAN NOR ADAM
Shah Alam, Selangor

JAMAWI JAAFAR
Tenom, Sabah

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Titiwangsa, WP

MOHD RAZLAN RAFII
Seputeh, WP

MOHD IRUAN ZULKEFLI
Lenggong, Perak

Mungkin ramai lagi calon akan tampil selepas ini... Gua akan tulis analis kekuatan & kelemahan setiap calon yang bertanding berdasarkan beberapa sumber yang diyakini. Nantikan analisis tersebut di blog 1peluru.com.


Comments