Adik Saifuddin Nasution (PKR) Jadi Pengarah Strategik UMNO?? DS @NajibRazak Sudah Hilang Akal??

Aku akan terus memperkatakan tentang Pegawai Pegawai Perdana Menteri sama ada yang berjawatan SUPOL atau tidak SUPOL dan artikel ini pun ada kaitan dengan para pegawai dan para supol menteri menteriyang lain.Tapi untuk artikel ini aku akan hanya fokus kepada Dato Shahlan Ismail Nasution,Mantan Supol yang dikatakan kembali kepejabat PM selepasKALAH bertanding PRU13 dengan strategi baru dengan mengwujudkan satu jawatan baru yang tidak pernah ada sebelum ini iaitu PENGARAH STRATEGIK,sama saperti jawatan yang dipegang Rafizi Ramli dalam PKR.

Mungkin juga Sahlan dapat idea dari adik dia Saifuddin Nasution yang duduk disebelah sana bila semua SUPOL PM yang tewas tempohari tidak kembali kepejabat PM kerana malu besar.Jadi artikel kali ini KHAS UNTUK SAHLAN dan tiada kena mengena dengan orang lain terutama SUPOL baru PM Datuk Khairun Aseh.Jadi kau Khairun duduk diam diam dan baca artikel aku ini dan belajar bagaimana untuk jadi seorang SUPOL yang dihormati dan disegani oleh semua orang dan bukan jadi "punching beg" macam Sahlan ini bila orang dah hilang hormat pada dia.

Satu perangai buruk Sahlan yang tidak masuk dek akal dan menjadi buah mulut selama ini ialah dia cuba menunjukan KUASA dia lebih dari para menteri dengan mempengerusikan banyak mesyuarat strategik dan operasi sedangkan fungsi utama dia sebagai Pegawai Perdana Menteri hanyalah mewakili Pejabat Perdana Menteri dan melaporkan apa yang telah diputuskan secara konsensus oleh semua yang terlibat.Itu sepatutnya kerja Sahlan...

Contohnya semasa Dato Rais Yatim menjadi Menteri Penerangan.Dato Rais adalah seorang Ketua Bahagian, Ahli Parlimen yang menang dikawasan yang ditandinginya dan dilantik ke kabinet oleh PM untuk mengetuai kerja kerja penerangan yang melibatkan dasar dasar kerajaan.Olehitu pegawai yang berada di PMO atas lantikan PM macam Sahlan dan lain lain WAJIB menghormati Rais Yatim dan tidak OVER RULE beliau dalam hal hal yang melibatkan penerangan dasar kerajaan.


baca seterusnya --->> KLIK!!

Comments