Ingat lagi kenangan sejak 2010, gua mula terlibat di PRK Hulu Selangor, beranjak ke PRK Galas tinggal sebumbung dengan Papagomo & DarulEhsanToday (DET) serta blogger GelombangRakyat & BadutRakyat yang pertama kali menyertai PRK, seterusnya ke PRK Tenang dan Kerdau/Merlimau. Sehinggalah misi agak besar ditatang semasa di PRN Sarawak.
Ketika itu blogger proBN dari semua kultus seperti UMB, NadiRakyat, dan lain2 blogger bebas merasakan PRK seperti satu majlis reunion... melupakan semua perbedaan masing2 demi matlamat perjuangan yang satu - memastikan kemenangan calon BN!!
Saat itu blogger2 yang berkhidmat sepenuh masa seperti gua 'bergantung harap' kepada ADUN atau Ahli Parlimen yang meninggal dunia sebagai 'punca pendapatan' meneruskan survival perjuangan untuk parti/kerajaan tercinta ini. Sinis bunyinya tapi itulah hakikat yang pernah kami telan, yang wajib pemimpin2 UMNO/BN ketahui. Bukan lumayan elaun yang diperolehi hasil kerja-keras turun padang untuk berjuang, tapi rasa cukup bersyukur dengan rezeki sekelumit itu.
Usai PRU13 semua blogger & cytroopers seolah dilupakan oleh para pemimpin2 UMNO/BN yang merasakan tembolok mereka sudah selamat walau dengan kemenangan yang agak tipis. Ramai blogger yang mencari kerja sambilan untuk menyara kehidupan, mencari kerja tetap dirisaukan terganggu jika berlangsung PRK dengan tanggapan akan dikerah membantu UMNO/BN di ruang siber seperti cerita2 indah masa lalu... dengan matlamat perjuangan yang lebih mahal dari sebarang bentuk material!
ADUN Kuala Besut meninggal dunia... Semua blogger mula berkobar untuk pergi membantu perjuangan BN di sana, bahang semangat PRU13 masih belum luntur. Sebagai seorang yang sudah acapkali dengan pengalaman itu merasakan situasi turun di battleground sebenar jauh berbeza kepuasannya berbanding meraban di ruang siber semata-mata.
MALANGNYA....
Malangnya bila Timbalan Menteri Kewangan yang ditugaskan untuk mengawasi perang siber PRK Besut, Ahmad Maslan menjelaskan sudah menghantar 30 blogger ke sana dan tidak perlu lagi bantuan tambahan. Siapa 30 blogger tersebut, adakah mereka sudah faham rencah-ragam PRK bila gua tanyakan kepada rakan2 blogger yang pernah berjuang bersama semasa PRK kebanyakan mereka tidak dimaklumkan sebarang berita.
Diberitakan cuma sekumpulan blogger dari kultus yang sudah dimanjakan dengan wang ringgit di bawah pimpinan Datuk A dari PMO sahaja dihantar ke Kuala Besut. Ahmad Maslan cuba memperkecilkan peranan blogger/cytroopers proBN lain dengan jawapan angkuh sebegitu... Jadi gua menyeru kepada semua blogger/cybertroopers membisukan terus isu PRK Kuala Besut sehinggalah selepas keputusan PRK tersebut - kita tengok penangannya, biar Ahmad Maslan belajar untuk belajar dari kesilapan!
semua blogger & cytroopers pro-BN sila
#MuteKualaBesut
untuk kita tengok betapa efisennya
30 barua2 Akmar & Ahmad Maslan di sana!!
Kepada barua2 Ahmad Maslan di sana,
selamat mendapat RM300 seorang sebagai hadiah mengekornya
bila ambik gambar lepas dia sikat rambut!
baca juga luahan blogger APA (KLIK!!) & SANGKAKALA (KLIK!!)
serta blogger otai dari Terengganu DIN TURTLE (KLIK!!)
yang dipinggirkan dalam PRK di negerinya sendiri.
30 barua2 Akmar & Ahmad Maslan di sana!!
Kepada barua2 Ahmad Maslan di sana,
selamat mendapat RM300 seorang sebagai hadiah mengekornya
bila ambik gambar lepas dia sikat rambut!
baca juga luahan blogger APA (KLIK!!) & SANGKAKALA (KLIK!!)
serta blogger otai dari Terengganu DIN TURTLE (KLIK!!)
yang dipinggirkan dalam PRK di negerinya sendiri.
Comments
"Mulai hari ini beruang biru akan kembali menghtr email bahan berkaitan prk kuala besut. Mohon kerjasama semua unt menggunapakai dan menyebarluaskan bahan2 tersebut"
setahu gua beruang biru tu binatang peliharaan akmar... ada bukti rakaman ucapannya pun! ;-)
takkan pasal duit pun jadi gila? - UMB Besut