Kenapa #TandaPutera Buatkan @LokmanAdam Mengalirkan AirMata?? WAJIB TONTON Oleh Semua Rakyat Malaysia!! #Lokman4NKP


Filem kontroversi 'Tanda Putera' sudah memulakan tayangan hari ini (29 Ogos 2013) setelah lama terperap kerana bersalut pelbagai kontroversi. Kontroversi yang dicipta oleh DAP kerana bimbang sejarah sebenar siapa pencetus tragedi berdarah 13 May 1969 diketahui oleh generasi baru hari ini.

Ketakutan DAP jelas tergambar bila Lim Guan Eng mengarahkan pengharaman penayangan filem ini di semua pawagam di negeri tadbiran DAP, Pulau Pinang.

Exco Pemuda UMNO dan juga pengerusi Unit Pidato PPUM, Saudara Lokman Noor bin Adam telah mengeluarkan satu kenyataan media, menyeru semua rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan kepada filem ini bagi mengetahui mesej tersirat di sebalik naratif ceritanya.

KENYATAAN MEDIA
LOKMAN NOOR BIN ADAM
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

Mulai hari ini filem yang telah lama kita nantikan tayangannya, "Tanda Putera" akan ditayangkan disemua pawagam negara ini.

Teman-teman di Pulau Pinang terpaksa menunggu proses tindakan yang sedang KKMM kaji terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah mengharamkannya.Secara peribadi saya telah menonton filem ini sebanyak dua kali dan terus terang saya akui inilah filem yang paling menyentuh emosi saya.

Hampir separuh dari masa tayangan filem ini saya mengalirkan air mata. Selain daripada mengisahkan payah jerih pimpinan negara mengembalikan kestabilan keamanan negara selepas berlakunya peristiwa 13 May, ianya turut memaparkan pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr ismail yang merahsiakan penyakit yang mereka hidapi demi memastikan kestabilan politik ketika itu.

Filem Tanda Putra boleh saya kategorikan sebagai filem yang "WAJIB" ditonton oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan bumi bertuah ini. Saya menyeru semua teman-teman agar dapat mengembling seberapa ramai anak muda yang boleh bagi menyaksikan filem ini.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
29 Ogos, 2013
 
Sekeras teguh hati Lokman Noor Adam boleh 'cair' dengan sejarah lampau negara, kenapa jadi begitu?? Jom kita ramai2 menonton filem TANDA PUTERA di pawagam berdekatan H-A-R-I-I-N-I!!


Comments