Harimau Malaya kalah 3-1 kepada kelab ternama dunia, Barcelona. Apapun keputusannya, tidak harus dipandang remeh semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan bolasepak negara malam ini.
Namun bagi gua, insiden paling menarik sebentar tadi adalah di penghujung separuh masa pertama bila pemain sayap negara, Wan Zack Haikal bereaksi spontan terhadap tindakan penyerang Barca, Cesc Fabregas yang tidak menghormati tiupan wisel offside oleh pengadil.
Berlaku pertelingkahan kecil di tepi pintu gol Malaysia antara Wan Zack & Fabregas yang masih cuba meneruskan permainan selepas wisel dibunyikan.
Ini attitude yang membanggakan gua dari Wan Zack walaupun Fabregas satu nama besar di persada bolasepak dunia. Anak jantan Melayu Malaya ini meletakkan Fabregas setaraf di genggaman penumbuknya bila tidak pandai menghormati peraturan di dalam sukan.
Mungkin ramai mempersoalkan tindakan Wan Zack memandangkan ini hanyalah perlawanan persahabatan. Tapi tindakan 'kurang ajar' Fabregas juga tidak patut dilakukan atas nama profesionalisme... dan Wan Zack muncul untuk 'mengajar'nya, tidak kira sebesar mana taraf nama Fabregas berbanding pemain2 Malaysia.
Setinggi-tinggi tabik respek untuk Wan Zack Haikal... Ini attitude yang patut dipunyai oleh semua rakyat Malaysia. Bangkit mempertahankan bila maruah negara cuba diperlekehkan!!
Comments
korang respect??? buat malu je la wei.patut mintak maaf,bukannye cari gaduh kat fabregas yang bertaraf dunia! wan zack ko x patut sepak kaki fabregas,pastu x minta maaf!
wtf..
bukak la mata tu sikit wahai MALAYSIAN!
wondering what they will thinking about us :O
sampai orang luar cakap Malaysia XI tatau erti FRIENDLY MATCH... Main tak boleh kasar lagi ke ha? Dengan cara permainan diaorg nie, memang jangan expect la Messi nak main.. tak berbaloi kalau dia injured sebab friendly match dengan Malaysia...! Now Neymar and Messi pulak injured.
Jadi, belajar main bola cara betul, jangan terjah2 je, bukan main ala budak2 pastu marah bila orang tegur. rangking pun dah tunjuk tahap mana bola malaysia ni.
Family kita ajak 1 keluarga dtg rumah beraya, lepas tu anak dorg tpecahkan gelas, adik kita bagi penerajang kt anak dorg yg pecahkn gelas tu.. family kita patut rasa bangga ke atau rasa malu dgn adik kita tu?