- TS Muhyiddin Yassin dicop rasis bila frasa "I'm MALAY first!" terpacul dari lidahnya.
- DS Najib Razak megah berbusana serba merah memukul gendang cina dalam komersil CNY tahun lalu... ironiknya tutur pertama yang diluah seusai keputusan PRU13 diumumkan... "TSUNAMI CINA"!!
- Peratusan kemenangan kerusi UMNO dalam PRU13 bertambah, tapi jumlah majoriti lebih teruk dari zaman edan pemerintahan PakLah.
- Propaganda komunisme dalam filem kontroversi "The New Village" cuma ditempelak oleh TD Muhyiddin & DS Zahid Hamidi.
UMNO/BN melalui fasa getir dalam PRU13, dan fakta-fakta di atas antara faktor yang akan membuat Pemilihan UMNO 2013 juga menjadi medan tempur yang getir untuk pucuk pimpinannya.
Walaupun DS Najib bertindak berani meminda perlembagaan parti untuk menjadikan pemilihan UMNO selepas ini lebih runcing walaupun demokratik, ada suara-suara klise dari pemikiran tipikal MELAYU UMNO ZAMAN JURASSIC sudah kedengaran supaya jangan diadakan pertandingan jawatan atasan bagi mengelakkan perpecahan parti.
Jika bukan sekarang, bila lagi?
3-4 tahun lagi sudah mendekat jelang PRU14, suara-suara klise tersebut akan kelihatan lebih relevan. Sedangkan UMNO perlukan cabaran bagi memacu lagi momentum pengukuhannya.
Cabaran dalam Pemilihan UMNO 2013 bukan bererti menuntut perubahan kepimpinan. Mungkin kepimpinan sekarang masih kuat sokongan di akar umbi, namun cabaran inilah yang diharapkan akan merubah GAYA KEPIMPINAN.
DS Najib Razak diakui sedikit sebanyak sudah belajar dari kesilapan. Malangnya masih tidak sepenuhnya bila masih dimasukkan kotak-kotak pandora ke dalam PMO yang menunggu masa untuk terbuka. Yang terbaru sila baca di blog SANGKAKALA (KLIK!)
TS Muhyiddin mungkin kelihatan tidak cukup tega memegang teraju nomero uno negara, namun belang atau taik yang akan ditunjukkan hanya dapat dilihat selepas diberi peluang memegang jawatan tersebut. Seperti yang diulas oleh blogger DIN-TURTLE (KLIK!)
Kenapa DS Hishammuddin akan berada di kem DS Najib... & DS Zahid pula menjadi tag-team paling sempurna untuk TS Muhyiddin?? Gua akan ulas di lain kesempatan...
Mungkinkah PEMILIHAN UMNO 2013 pada bulan Oktober nanti akan menjadi medan CLASH OF THE TITANS??
Masa dan situasi akan menentukannya...
Comments