#PemilihanUMNO: Bodoh atau Genius?? Menyingkap Jalan Fikir Calon Exco Pemuda UMNO!!


HABA Pemilihan UMNO 2013 semakin membahang kini. Waktu semakin singkat untuk semua calon menonjolkan kebolehan masing-masing bagi melayakkan diri menduduki kerusi-kerusi panas yang menjadi perebutan sengit.

Calon Exco Pemuda antara yang paling hangat diperkatakan bila semakin ramai calon yang menawarkan diri untuk bertanding. 20 kerusi Exco akan turut ditandingi oleh calon popular seperti Ustaz Fathul Bari, pelakon Zed Zaidi dan bekas Ketua Wira Perkasa, Armand Azha.

Putrajaya sebelum ini mempunyai 4 orang wakil dalam barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia. Mungkin kerana sebab itu Ahmad Faisal Abdul Karim atau lebih sinonim dengan nama panggilannya Tom membuat langkah berani menawarkan diri untuk turut bertanding sebagai Exco Pemuda di peringkat Pusat, bagi memastikan Putrajaya tetap mempunyai suara di barisan Exco.

Sebelum itu Tom telah menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, bergandingan dengan Nasru Syazwan Nawai yang akan bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Putrajaya. [BACA SINI -KLIK!!]

Mampukah Tom menggalas dua tugas penting tersebut di saat Pemuda UMNO tercari-cari individu genius untuk membawa perubahan lebih positif terhadap pergerakan itu? Gua dan krew portal PjO cuba untuk menguji minda bakal Ketua Pemuda UMNO Putrajaya ini semasa perhimpunan berkaitan isu kalimah ALLAH di Mahkamah Rayuan Putrajaya semalam.

Tom mungkin bukan satu sosok lantang untuk menyuarakan pendapat sehingga bergegar tiang, tapi berdasarkan jawapan spontan bila kami tanyakan tentang isu yang turut berkait kepentingan Islam/Melayu, Tom berjaya memberikan pendapat & solusi dirinya bukan berada di sana sekadar atas sandaran politikal.

Tom mencadangkan supaya sebarang kes berkaitan agama Islam haruslah dibicarakan di Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Sivil seperti yang berlaku hari ini, dan jika hal ini menjadi semakin rumit seperti sekarang, Majlis Raja-Raja selaku Ketua Agama di Malaysia seharusnya campur-tangan bagi menyelesaikan segala permasalahan.

Mungkin apa yang disuarakan oleh Tom hari ini tidak dapat membawa apa-apa impak untuk memberi kesedaran kepada ramai pihak. Tapi jika suatu hari nanti Tom menyuarakan atas kapasitinya sebagai Ketua Pemuda UMNO Putrajaya atau Exco Pemuda UMNO Malaysia, pasti ramai yang akan membuka mata.

Saksikan video di bawah untuk melihat bagaimana jalan fikir yang hasus diketengahkan di barisan Pemuda, dan kami akan menerjah lebih ramai yang menawarkan diri sebagai calon Exco Pemuda UMNO Malaysia selepas ini untuk memberi peluang perwakilan melihat & menilai pemimpin muda mana yang lebih layak dilantik menerajui barisan atasan Pemuda... AdiosKramposss!! -RR



Comments