#PemilihanUMNO #PAU13: Beranikah DS @NajibRazak Menyahut Cabaran Blogger @DinTurtle??


Saat remang Syawal masih belum reda gua terkilan bila membaca tulisan di blog seorang rakan blogger - DinTurtle [BACA SINI -KLIK!].

Mungkinkah blogger DinTurtle terlebih makan lemang (atau chickencop??) di hari raya ini bila kemabukan lantas membandingkan perutusan DS Najib Razak sempena Hari Raya Aidilfitri dengan perutusan Tahun Baru Cina.

Gua harap blogger DinTurtle janganlah berlagak walaupun blognya kini sudah berada di ranking ke11!! [RUJUK SINI -KLIK!!]

Perbandingan ini agak skeptikal jika mengharapkan DS Najib melaungkan sesuatu berasaskan bangsa pada perayaan berbentuk keagamaan. Sedangkan perutusan DS Najib pada Tahun Baru Cina lalu adalah perayaan berasaskan 'bangsa'.

DinTurtle seharusnya lebih memahami situasi kerana perutusan DS Najib sempena Tahun Baru Cina dulu dalam bahang PRU13 yang bakal berlangsung. Seharusnya sebagai pemimpin utama negara DS Najib Razak terpaksa membuat perkiraan saksama ke atas semua kaum bagi memastikan Malaysia terus kekal aman & stabil di bawah urus-tadbir BN.

Mungkin DinTurtle terlupa bahawa DS Najib Razak telahpun mengakui kesilapannya secara tidak langsung saat membuka bicara sejurus selepas pengumuman rasmi PRU13 diumumkan. Pengkianatan atau ketidakjujuran satu bangsa semasa PRU13 tak mungkin DS Najib lupakan, cuma sebagai seorang Perdana Menteri banyak aspek yang perlu beliau mengambil-kira - mungkin belum masa yang sesuai untuk beliau menebus khilafnya.

Gua percaya DinTurtle yang sering memperlekehkan semangat Melayu DS Najib akan malu sendiri menjelang Pemilihan UMNO (jika beliau dicabar) atau Perhimpunan Agung UMNO (#PAU13) Disember nanti. Kerana ramai percaya di saat & wadah itulah DS Najib Razak akan melepaskan segala rasa yang terbuku di hati.

Itu waktu paling tepat untuk DinTurtle & seluruh khalayak menilai betapa aspirasi untuk bangsanya -Melayu tak pernah terpinggir dari sudut hati seorang Presiden UMNO bernama DS Najib Tun Razak!!

Pemilihan UMNO kali ini medan juang getir untuk melihat kelibat paling lantang & berani menyuarakan teras perjuangan parti - MELAYU untuk memberi peluang kepada perwakilan membuat pertimbangan siapakah pemimpin paling wajar untuk dipilih. Persetankan bisik2 sumbang kerana memperjuangkan hak bangsa bukanlah assobiyah!

DS Najib Razak akan menjadi salah seorang dari sosok lantang & berani mengangkat martabat bangsanya, Melayu... Saat itu DinTurtle tentu terkesima!

Untuk mengerti rasa hati sebenar DS Najib sila saksikan video 
ucapan hari raya dari PM & keluarga di bawah
seperti ulasan oleh blogger MYMASSA [KLIK!]...


baca jawapan balas 
dari blogger DinTurtle DI SINI [KLIK!]
.

Comments

Anonymous said…
Bro, bersikap terbukalah sikit. Pedas bunyinya komen keatas blogger DinTurtle tuh. Raya Cina ngan raya Melayu kan sama diraikan oleh bangsa itu sendiri. Kalau nak harapkan orang Melayu meraikan perayaan bangsa, manalah ada dalam calendar. Keraian Hari Raya itu kan dirayakan oleh kaum berbangsa Melayu?

Tak kiralah pertutusan itu dibuat mengikut situasi apa pun. Pokoknya ialah untuk menjaga perasaan yang ditujukan perutusan itu. Kalau bangsa Cina boleh dilambung dan diangkat hingga begitu tinggi sekali, tidak kah pula orang Melayu patut diberikan layanan yang sama juga? Najib mengatakan betapa pentingnya orang Cina dibumi Malaysia, apa tidak penting kah orang Melayu? Saya sebagai orang Melayu dan ramai lagi diluar sana yang rasa sangat sangat terhina dengan statement sebegitu. Dimana kah yang dikatakan Najib yang sedia mendengar denyut nadi rakyat? Ada kah itu cakapan yang berupa pembohongan saja?

Kalau nak tunggu sehingga PAU maka Najib akan menyatakan perjuangan, tak payahlah. Hanya ahli ahli UMNO yang kurang waras sahaja yang akan mempercayai dan mengundinya. Kemana kah hak keistimewaan orang orang Melayu yang tersimpan kemas dalam peti berkunci?

Sememangnya betul selepas PRU13 baru Najib sedar telah tertipu dengan satu bangsa. Sepatutnya selepas sedar hendaklah Najib berikan perhatian serius kepada kaum bangsa yang telah meletakkan beliau ditempat dimana beliau berada sekarang. Begitu jugalah dengan orang Melayu yang telah mula sedar selepas PRU13 dan telah diberikan ruang satu penggal pemerintahan untuk mengenali Najib yang sebenar - bukan MELAYU sebenar yang berfikiran MELAYU.

Begitu jugalah orang Melayu yang telah memikirkan berbagai aspek untuk diambilkira sebelum menolak kepimpinan Najib. Rasanya inilah masa yang paling sesuai untuk melakukanya sebelum PRU14 dimana bangsa Melayu akan merempat ditanah air sendiri jika Najib terus berkuasa.
Anonymous said…
suuuuda la.... tunggu sampai kucing berjanggut pun najib mesti play safe punya!
Anonymous said…
Saya berpendapat 1peluru cuba membawa kita untuk menilai dari satu sudut berbeza, membacanya dalam nada sinis/sarkastik supaya Najib atau mana-mana pemimpin Umno tidak menunggu masa & tempat yang mereka fikirkan sesuai & mempunyai kepentingan peribadi barulah ingin melaungkan semangat membara tentang Melayu. Sekalung respek dari saya untuk mana-mana pemimpin Umno yang sentiasa tetap & teguh pendirian mereka setiap kali martabat bangsanya cuba diinjak.
Anonymous said…
Lawakla lu bro. Lu sorang aja yg perasan najib tu Melayu... piraahhhh pengampu
Anonymous said…
pecacai2 mcm din turtle berlagak dibela seorang ahli politik trengganu yg 'kecewa' pasti tinggalkan komen sbg anynomous ;)) kah kah kahh
Anonymous said…
article yg bagus, tapi kita sebenarnya mungkin dah terlupa cerita pasal azeez rahim, dia tak layak terajui tabung haji. soal degree beli tu bukan isu besar sgt ,masalahnya kita tak mau orang kaki sakau lead tabung haji, azeez tolong letak sendiri jawatan dlm tabung haji sebelum ko diterajang rakyat. buat macam2 program masyarakat, ekspedisi bantuan itu dan ini , rupanya ada udang di sebalik batu, peruntukkan berapa? berapa banyak lagi yg azeez sapu??? pasal kegiatan x senonoh lain tu... takkanlah nak tunggu sampai org campak gambar??
Anonymous said…
NI BERAPA NAJIB BAYA NI??? KALAU KAU TAK DAPAT 1SEN BODOH SAJA LA JADI PENGAMPU TAHAP GABAN!!! PEMILIHAN UMNO KENA ADA PEMIMPIN MELAYU TULEN LAWAN NAJIB..... PRESIDEN UMNO = PERDANA MENTERI
Anonymous said…
Banyak2 melayu dlm dunia nih, hanya najib jak yg ada nama cina...

tarak malu kah? nama kapeer jugak yg mamat lembu n lembut nih pilih!
Anonymous said…
AH JIB GOR TIDAK LAYAK MEMIMPIN MELAYU DAN ROSMAH PENGIKIS DUIT RAKYAT KORANG KIRA SEHARI DIA BAYAR BERAPA HAIRSTYLIST BUAT SARANG TEBUAN KAT KEPALA DIA KALI BERAPA RM SEBULAN KALI BERAPA SETAHUN DUA EKOR SILA BLAHHHHHH
Anonymous said…
BOLEH BERAMBUS PEMBODEK AH JIB GOR PENJILAT JUBOR CINS
RR said…
anon 8:20...

apa plak sinis/sarkastik...
gua serius okey!


;-p