#PemilihanUMNO: United Colors Of Stupidity... @NajibRazak @AhmadMaslan


Gua berimaginasi untuk masuk dalam kotak fikir para pemimpin negara (terutamanya UMNO/BN) bagi mengetahui kaedah bagaimana yg mereka suka diri mereka dispekulasikan di ruang media.

Propaganda informasi salah satu elemen penting dalam politik. Dan media samada konvensional atau digital menjadi gelanggang utama untuk mereka berpencak menonjolkan populariti.

Bila media konvensional atau mainstream mempunyai ruang terhad, media baru seperti blog dan laman sosial yang menjadi tumpuan hangat dewasa ini.

Tapi cara bagaimana yang pemimpin UMNO/BN mahukan?

Saat pemimpin2 pembangkang dicerna pemikiran & tindakan mereka dengan pelbagai teknik propaganda seperti 'plain folks' unt menarik perhatian & simpati rakyat jelata, pemimpin2 UMNO/BN masih hanyut dalam arus ketagihan kaedah bodek+jilat yang hanya dapat membuat diri-sendiri & blogger upahan tersenyum.

Di bawah ini beberapa contoh tajuk blog yg gua fikir boleh membuatkan pemimpin UMNO teruja hingga ternganga:

Tajuk: "XXX Pemimpin Paling Awesome!!" Smbil tunjuk video XXX tengah jala ikan... Tajuk: "Begini Caranya XXX Berkempen" sambil tunjuk foto XXX tengah makan kuaci... Tajuk: "XXX Pemimpin Penyayang" sambil tunjuk foto XXX tengah dukung budak kecik.

Sama ada pemimpin yang suka dispekulasikan dalam bentuk murahan sebegitu atau segelintir blogger2 pro-kerajaan yang tidak punya inovasi dalam minda untuk menampakkan pemimpin UMNO kelihatan lebih cerdik!

Lupakan soal jumlah token yang diperolehi tapi ini solusi yg harus diambilkira oleh pemimpin & blogger diupah supaya kedua2 pihak dilihat lebih bijaksana. Pemimpin harus bijak memilih & blogger juga harus bijak memanfaatkannya.

Menjelang Pemilihan UMNO 2 bulan lagi akan timbul lebih banyak tajuk & cerita lucu berlegar di dunia siber berkaitan pemimpin-pemimpin UMNO yg akan bertanding... Ini kerana pindaan perlembagaan dalam pemilihan UMNO yang akan menuntut populariti melebihi (politik) wang yang ditabur kepada perwakilan.

Seperti dikatakan di atas, media mainsteam mempunyai ruang terhad jadi media baru adalah jalan terbaik menonjolkan diri.

Wang akan ditabur kepada para blogger pula... Jadi kita nantikan tajuk2 lucu yang akan muncul di blog-blog oleh pemimpin yang masih ketagihan kaedah bodek+jilat!

Comments