Say No To #TPPA @NajibRazak!! Ini Baru Pemimpin Pemuda Yang Ada TeloOo!! #Lokman4NKP

Aikkk?? Baru nak bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO dah pandai nak sound PM?? Okey... reaksi itu bukan 'sound' tapi mengingatkan PM supaya tidak dipengaruhi oleh anasir2 luaran atau penasihat2nya yang tak boleh dipakai kerana bimbangkan episod lebih malang berlaku ke atas negara tercinta ini.

Dan Lokman Noor Adam tidak perlu membincangkan hal ini dengan barisan kepimpinan Pemuda untuk membuat keputusan kerana beliau sendiri cukup arif tentang peribahaya TPPA jika terlaksana di Malaysia.

Apa yang dibimbangi Lokman ada asasnya, TPPA bukan saja melibatkan kekacauan ekonomi, malahan boleh menggugat kedaulatan negara. Yang dok meraban bantai Lokman di blog/fb tau ke apa TPPA?? Hahaa... baca petikan di bawah sebagai sedikit pencerahan....

Isu ini boleh dikatakan isu terpenting, kerana berkait dengan hampir semua bab yang dibincangkan. Bab ini akan menyekat ruang pembuatan dasar oleh kerajaan melalui klausa ‘Investor-To-State Dispute Settlement (ISDS)’ dan ‘State-To-State Dispute Settlement’ (SSDS). ISDS ialah peruntukan dibawah Bab Pelaburan, yang secara asasnya membenarkan mana-mana syarikat untuk mengheret kerajaan Malaysia ke mahkamah bagi tuntutan kerosakan dan ganti rugi. TPPA bakal memperkuat “keadilan korporat” merentasi semua negara atas alasan “kesaksamaan dan kesama rataan”.

Apakah kesaksamaan dan sama rata yang dimaksudkan di sini? Pendek kata, syarikat multinasional boleh selesa dengan kefahaman bahawa tiada perubahan ke atas undang-undang domestik yang akan melibatkan mereka secara buruk, sebaik sahaja mereka memulakan operasi di negara-negara rakan TPPA mereka. Hakikatnya, hal ini menjadi tiket kepada syarikat gergasi multinasional untuk melangkah sistem undang-undang sebuah negara, melalui sebuah tribunal pengadilan antarabangsa yang dianggotai oleh tiga orang hakim; dua orang hakim antarabangsa dan seorang hakim tempatan.

Misalnya, jika Malaysia tiba-tiba mendapati bahawa terdapat kandungan kecil di dalam tembakau yang merbahaya dan membuat keputusan untuk mengharamkan kandungan tersebut, seterusnya menjejaskan keuntungan syarikat multinasional tembakau, syarikat itu mempunyai hak untuk menyaman kerajaan Malaysia berdasarkan potensi kerugian yang mereka alami sepanjang tempoh permit mereka beroperasi di Malaysia, beserta faedah. Itulah yang terjadi dalam kes Philip Morris, apabila syarikat itu menyaman kerajaan Australia atas pembentukan undang-undang baru tentang pembungkusan rokok. Perkara yang sama boleh terjadi ke atas Malaysia sekiranya negara kita hendak mengenakan undang-undang yang lebih ketat, ke atas pengusaha LYNAS, misalnya.

Malah, tidak melampau jika kita menjangkakan bahawa penggubal undang-undang dan Parlimen akan dibiarkan tidak berfungsi; mereka tidak boleh menggubal undang-undang yang memberi kesan kepada keuntungan syarikat multinasional dan kelansungan perniagaan! Kita masih ingat bagaimana Mexico di saman Dollar AS16 juta kerana tidak membenarkan pembuangan sisa toksik merbahaya ke dalam alam sekitarnya oleh syarikat Amerika.

Satu lagi hal yang diketahui umum ialah negara maju seperti Amerika dan Jepun sedang berusaha untuk melaksanakan ISDS melalui TPPA dan juga apa-apa yang dilihat sebagai kekurangan di bawah perjanjian Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Walaupun kita hanya boleh mengandaikan klausa ini tidak diratifikasikan kerana potensi kesan negatif, kebimbangan yang wujud ini ada asasnya. [BACA ARTIKEL PENUH]

Tak perlu risau atau tergadah untuk menyuarakan pendapat demi kepentingan nusa-bangsa. Saat ramai pemimpin UMNO 'play-safe' dalam banyak hal, Lokman Noor Adam bangkit membuktikan dia antara pemimpin muda UMNO yang 'ada telur'!!


jom like FB page Lokman Noor Adam
(klik imej di bawah)

Comments