#PEMANDU Akan Pandu Agenda Ekonomi Bumiputra @NajibRazak Ke Gaung! @etp_roadmap @aduanTwitter

EVOLUSI penggunaan aplikasi mobile untuk meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia merupakan satu inisiatif bijak yang diperkenalkan oleh kerajaan melalui SPAD.

Namun berlaku beberapa ketidakadilan dalam usaha promosi oleh kerajaan yang menyebabkan syarikat bumiputera terpinggir berbanding syarikat CinaTotok pro-DAP yang mendapat suntikan GERAN oleh kerajaan melalui pelbagai agensi.

Syarikat yang memperkenalkan aplikasi MyTeksi dimiliki oleh cucu kepada pengasas Tan Chong Motors yang berada di tangga ke-11 terkaya di Malaysia.

Malangnya syarikat CinaTotok penyokong DAP ini yang mendapat sokongan kewangan jutaan RM dari kerajaan untuk usaha pembangunan dan promosi aplikasi melalui Yayasan 1Malaysia & Dana Cradle.

Sokongan kewangan tersebut diberikan dalam bentuk GERAN (tiada pembayaran balik), bukan dalam bentuk PINJAMAN modal yang perlu dibayar semula seperti isu yang dikecohkan sebelum ini, NFC.

MyTeksi, produk dari syarikat milik cucu kepada manusia ke-11 terkaya di Malaysia disalurkan GERAN bernilai jutaan ringgit sedangkan syarikat bumiputera yang memperkenalkan aplikasi TaxiMonger dibiarkan terkapai-kapai tanpa pembelaan.

Difahamkan, badan yang berkaitan dengan PMO iaitu PEMANDU merupakan dalang di sebalik semua kegawatan ini kerana lebih giat menjalankan usaha promosi, termasuk suntikan dana kepada syarikat bukan bumiputera.

Menjelang tempoh DS Najib Razak melancarkan pelan Agenda Ekonomi Malaysia esok, perkara sebegini akan terus menjadi racun dalam resepi PM untuk memperkukuhkan ekonomi bumiputera.

PEMANDU mesti dilenyapkan sebelum badan ini memandu secara mabuk menghalakan semua perancangan DS Najib Razak ke gaung... Selamatkan syarikat-syarikat bumiputera~!!

Baca juga di blog DOUBLE-Y & SANGKAKALA

Comments