#RON95 #20sen: DS @NajibRazak Mesti Cari Solusi Kurangkan Kembali Beban Rakyat- @LokmanAdam #Lokman4NKP
EXCO PEMUDA UMNO merangkap calon Naib Ketua Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam memberi tindakan pantas selepas pengumuman kenaikan harga petrol RON95 & diesel oleh PM malam tadi dengan mengeluarkan satu kenyataan media tentang kekesalannya perkara tersebut terpaksa terjadi.
20 sen mungkin angka kecil untuk sebilangan dari kita, tapi jumlah itu akan membawa bebanan lebih besar seperti kenaikan harga barang dll. Itu juga dijadikan 'peluru sesat' oleh pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim dengan segala macam kelentongnya untuk memperkecilkan lagi kredibiliti pentadbiran BN.
Baca & nilaikan kenyataan media yg dikeluarkan oleh Lokman Noor Adam pagi tadi...
KENYATAAN MEDIA: KENAIKAN HARGA PETROL & DIESEL
Harga petrol di Malaysia dalam masa 23 tahun - sejak 1990)
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85 (kenaikan RM 0.05)
04/12/2010 - RM 1.90 (kenaikan RM 0.05)
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)
Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak 46sen.
Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak 1.38sen dan turun sebnyk 90sen.
Zaman era pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak 25sen.
Rakyat perlu sedar bahawa harga ini dipengaruhi oleh harga minyak dunia.
Zaman 90an, harga minyak dunia hanya USD 15-25 satu tong, itu sebab Anwar mendabik dada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan harga minyak hanya RM1.10 seliter. Tapi zaman Pak Lah, harga minyak dunia naik hingga USD 143 satu tong. Harga minyak hari ini sekitar USD110 satu tong.
Anwar boleh janjikan bulan dan bintang pada rakyat, cuma mari kita guna akal kita...bolehkah Anwar turunkan harga minyak 50sen (Kos RM10.5b) dan dlm masa yg sama nak naikkan royalti minyak Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dari 5% kepada 20%. Bagaimana mungkin Anwar boleh tunaikan janji tambahkan subsidi minyak 50 sen jika dlm masa yg sama dia buat janji bg royalti minyak 20% yg pasti menggurangkan pendapatan negara.
Sebelum buat janji baru, tunaikanlah dulu 85% janji lama yg dia buat tahun 2008 di Selangor.
Apapun alasan diiberikan untuk menghalalkan kenaikan harga RON 95 dan Diesel kali ini, saya tetap kecewa dengan kerana buat pertama kalinya, kita telah secara jelas melanggar perjanjian bahawa usaha akan dilakukan untuk menggurangkan beban rakyat.
Memang sukar untuk mengambil keputusan berat ini, namun saya masih mengharap YAB Perdana Menteri dapat mencari solusi bagi mengembalikan subsidi untuk Ron95 setidak-tidaknya kepada golongan yang berpendapatan RM5,000 kebawah. Samada memberikan vaucher subsidi petrol tambahan atau pemberian fleet card untuk golongan ini, semuanya terletak pada kebijaksanaan beliau.
Lokman Noor Bin Adam
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Cepat & tepat dalam menyalurkan buah fikiran demi kepentingan rakyat jelata... mungkin buat masa sekarang suara Lokman Noor Adam belum cukup menggegar kumandangnya, nantikan suatu hari jika beliau bersuara atas kapasiti Naib Ketua Pemuda UMNO - pasti setiap bingkisan pendapatnya akan mengundang gementar pemimpin atasan... Inilah calon Naib Ketua Pemuda yang kita cari~!!
Comments