Selamatkan #KalimahALLAH... Sokongan Anda Di Mahkamah Putrajaya Esok Adalah Satu Jihad!!


Saudara-Saudaraku Muslimin dan Muslimat sekalian

Esok adalah hari penentuan yang akan mencorakkan masa depan perkembangan dan kesucian agama kita; Agama Islam yang agung lagi diredhai Allah. Marilah kita bersama-sama berdoa, bermunajat dan bertawakkal agar kemenangan diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita yang selama ini berjihad mempertahankan kesucian kalimahNya dari kesyirikan dan kejahatan kaum harbi kafirin.

Ayuh kita turun berkumpul di hadapan Mahkamah Rayuan Putrajaya esok (Selasa) 10.9.2013 dengan berzikir, bertahmid, bertahlil dan laungkan takbir sambil menyatakan sokongan kepada barisan peguam Muslim yang berada di barisan hadapan mempertahankan kalimah Allah swt.

Usah gentar saudara-saudaraku kaum Muslimin dan Muslimat.

Jangan kita sesekali bersetuju atau membenakan kalimahNya digadai atau dibenarkan penggunaannya oleh kaum kafirin yang berniat jahat memurtadkan kaum muslimin. Jangan kita redha dengan helah puak-puak gereja khatolik yang ingin 'menggunakan' kalimah ALLAH dalam terbitan The Herald versi Bahasa Melayu.

Tak kiralah siapa kita...kaya atau miskin, pegawai atasan mahupun pekerja bawahan, pelajar, suri rumah, yang sempurna atau yang kurang upaya, di desa mahupun kota bahkan apajua anutan politikmu...marilah bersama-sama umat Islam sekalian berjihad berganding bahu menyatakan sokongan kepada seluruh umat yang mencintai agama Islam bersama-sama mempertahankan kesucian kalimah Allah Yang Maha Esa hingga ke akhir hayat.

Kepada para Hakim-Hakim Muslim yang arif lagi budiman...

Ingatlah apajua keputusan kamu menghukum dan membuat keputusan, semuanya akan diadili dan dihitung oleh Allah s.w.t diakhirat kelak. Andaikata kamu mengkhianati umat Islam ini, sesungguhnya kamu akan dipertanggungjawabkan atas kesalahan kamu hingga ke akhirat kelak. Namamu akan dikeji dan dicaci sebagai orang yang bertanggungjawab mengkhianati agama dan bangsamu hingga ke akhirat kelak. Sesungguhnya Allah swt jualah yang akan menghukummu dengan azab-azabNya di dunia dan akhirat.

Namun jika kamu menolong agama Islam ini, ingatlah sesungguhnya rahmat Allah swt akan melimpahi diri dan keluargamu hingga ke akhirat kelak. Kamu juga akan disanjung sebagai mujahidin yang bersama-sama berjihad mempertahankan agama Allah. Insya Allah.


Beringatlah:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(Al-Baqarah (2) : Ayat 120)



[sumber : mymassa]

Comments

Anonymous said…
(FORWARDED MESSAGE)
Wahai umat MELAYU & ISLAM semua, lupakanlah sementara pasal umno/pas/pkr... lupakan sementara pasal minyak naik atau barang naik... marilah kita sama2 berdoa kpd ALLAH dan memberi sokongan kepada pejuang2 kita untuk mempertahankan Kemuliaan Kalimah ALLAH di Mahkamah pada 10 September 2013... INSYAALLAH kita berjaya.
Untuk lebih makluman, sila ke laman :
http://empayarkumim.blogspot.com/
(SILA LAYARI DAN SEBARKAN)