#PemilihanUMNO: Calon Yang Tidak Berjaya... @LokmanAdam @JamilahHanim Teruskan Perjuangan~!!


Tahniah kepada semua calon yang berjaya dalam Pemilihan UMNO 2013... kepercayaan yang diberikan oleh para perwakilan adalah satu AMANAH & TANGGUNGJAWAB yang harus digalas sesempurna mungkin dalam tempoh waktu yang lama & getir, bukan setakat tamat semasa pengumuman kemenangan.

Lagu di bawah ini adalah sebagai tanda sokongan kepada calon-calon dari sayap Pemuda, Wanita & Puteri yang tidak berjaya mengapai misi mereka dalam keputusan yang bakal diumumkan secara rasmi hari ini. BUKAN KALAH - kerana mereka yang berani menyahut cabaran adalah mereka yang menang mengatasi rasa gentar dalam diri, membawa satu petandingan sihat demi mengangkat martabat parti keramat UMNO.

Jawatan cuma satu gelaran, matlamat perjuangan tidak pernah bersalut bias terhadap semua itu... Pasti ada rahmat di sebalik setiap ketentuanNYA. Teruskan perjuangan yang lebih jitu bersama UMNO!

WHAT DOESN'T KILL YOU 
MAKE YOU STRONGER!!

Comments