Syukur alhamdulillah rayuan calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz telah diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan 2013 menjadikan calon No.60 ini salah seorang favourite untuk menggalas tugas sebagai MT dalam misi 'meremajakan UMNO' - dengan membawa suara orang muda, mahasiswa & wargamaya ke pentas diskusi tertinggi UMNO.
Terima kasih kepada Ketua Pemuda YB Khairy Jamaluddin yang mempertahankan taraf & martabat Exco Pemuda Pusat, terima kasih juga atas doa & sokongan semua yang menjadikan insiden kecil sejak seminggu lalu satu rahmat yg besar kepada yang tahu menilai kesempurnaan perancanganNYA.
Satu track-record yang panjang jika mahu dihuraikan seluruh penglibatan beliau bersama Pemuda UMNO untuk diperkasakan lagi ke nuansa lebih besar & mencabar, Majlis Tertinggi. Biarlah foto-foto di bawah memperjelaskan segalanya....
BERANI-STRATEGIK-KOMITED
---Demi Agama, Ummah & Bangsa---
.
Comments