Esok Akan Makbul Impian Phahrolrazi Melihat PAS Kalah Di Sungai Limau~!! #PRKSgLimau


SATU rakaman audio menjadi bukti utama untuk menerka penanda aras kebencian Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi terhadap Mantan MB Kedah, Allahyarham DS Ustaz Azizan semasa era pemerintahan PAS di Kedah 2008-2013.

Rakaman audio perbincangan Phahrolazi dan konco2nya yang mahukan Ustaz Azizan kalah dalam PRU13 lalu di DUN Sungai Limau bertitik dari beberapa ketidakpuasan hati dan impian untuk mengaut laba peribadi. [Saksikan rakaman audio dalam video 'panas' di bawah...]

Perang dingin antara Phahrolrazi dan Ustaz Azizan dikatakan berpunca dari satu projek kerajaan negeri semasa Kedah di bawah pemerintahan PAS, yang bernilai RM600juta.

Itu antara faktor Phahrolrazi & Dr. Ismail enggan menerima lantikan semula sebagi EXCO Kerajaan PAS Kedah untuk penggal kedua, selain komplot memastikan Ustaz Azizan kalah di Sungai Limau dalam PRU13.

Phahrolrazi menyimpan cita2 besar untuk menjadi Menteri Besar Kedah dengan status Timbalan Pesuruhjaya Negeri 1 sekiranya Ustaz Azizan (Pesuruhjaya PAS Negeri) tewas di Sungai Limau PRU13 lalu (dan PAS masih menguasai Kedah) bagi memastikan kekecewaan seperti terlepas projek bernilai RM600juta tidak akan berulang.

Malang sekali Ustaz Azizan tetap menang di Sungai Limau dan PAS gagal untuk terus berkuasa di Kedah dalam PRU13. Derita Phahrolrazi ditambah lagi dengan perlantikan Mahfuz Omar oleh PAS Pusat sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah selepas Ustaz Azizan meninggal dunia.

Perlantikan Mahfuz membuakkan lagi kecewa Phahrolrazi yang menyangka dirinya akan mendaki hieraki jawatan untuk menggalas jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah, lantas menyatakan protesnya dengan meletak jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 1.

Cerita Phahrolrazi tidak berakhir di situ... Menjelang PRK Sungai Limau, Phahrolrazi telah siap 'memasang' proksinya untuk meluaskan legasi pengaruh di Kedah dengan menamakan dua pupunya - Azam Samat sebagai calon.

Penduduk Sungai Limau sememangnya terkesan dengan berita permusuhan Phahrolrazi dan Ustaz Azizan. Mereka menyokong Ustaz Azizan bukan bersandar sentimen kepartian, bukan menyokong PAS semata... tapi menyokong Ustaz Azizan atas sebab peribadi & ketokohan Allahyarham.

Atas sebab itu nama Phahrolrazi agak 'busuk' di Sungai Limau, Phahrolrazi sendiri sedia tahu tentang perkara ini... kerana itulah kelibatnya jarang kelihatan di PRK Sungai Limau. Strategi desperado mengaitkan calon PAS yang juga dua-pupu Phahrolrazi dengan Ustaz Azizan juga menemui episod demi episod kekantoian.

Impian Phahrolrazi untuk melihat PAS kalah di Sungai Limau akan termakbul pada hari pengundian esok... bukan kerana penduduk Sungai Limau tidak lagi yakin kepada parti Ustaz Azizan, tapi faktor yang lebih besar mereka tidak rela proksi musuh kepada Ustaz Azizan, Phahrolrazi bertapak di bumi subur-makmur Sungai Limau... Berani Hijrah~!!




Comments

Jonah said…
Hi thanks for ssharing this
Jonah said…
Great post, thanks for sharing it