Guna Jalan Alternatif?? @Azwanbro Bidas Kenyataan Bodoh Oleh Seorang Menteri~!!

"Pemimpin perlu menjiwai rakyat... Kalau ada yang tidak dapat menjiwai rakyat, dia tak layak jadi pemimpin!" itu luahan serius Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun atau juga dikenali sebagai Azwanbro  berkait kenyataan seorang Menteri Kabinet yang menyarankan supaya rakyat yang tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tol menggunakan jalan alternatif untuk kegunaan harian mereka.

Khairul Azwan dalam sidang media khas mewakili Pemuda UMNO Malaysia menegaskan biar rakyat sendiri yang memilih jalan mana yang mereka mahu lalui, bukan hak seorang menteri untuk menentukan jalan mana yang harus rakyat pilih.


Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa/alternatif lain sekiranya mengganggap kenaikan tol terlalu tinggi.

Syabas Bro... teruskan usaha berani memperjuangkan nasib rakyat~!!!



Comments

Anonymous said…
mcm ni pemimpin yg kita nak...... blasah ja mana yg x btol.....
Anonymous said…
Terbaik la bro. Cam tu la pemuda. Aku kadang jadi bangang disebabkan menteri2 yg bagi jawapan cam budak tadika. Menteri sepatutnya dengan kuasa yg ada dictate the industry on how the industry should be to support the malaysian vision. Not looked like that they are held by the balls (if they have one) by the industry which as we understand that their mission is to maximize profit, to hell with the people. Anyway syabas bro. Gua salute you.
Anonymous said…
Hoi mangkuk2 hayun pak menteri dari kepala sampai ke ekor...gaji hampa berapa kalau nak dibandingkan dengan pendapatan orang2 kampong dan kakitangan kerajaan serta swasta peringkat bawahan? Tak berjiwa rakyat langsung...akai ada ka? Hampa sedar dak gaji dan elaun hampa tu mai daripada mana. Pasai hampa bodoh takdak akai, aku nak bagi tau...rakyatlah yang subsidi untuk kenaikan gaji dan elaun (belum apa2 lagi mangkuk2 hayun tu ada yang dah adjust kenaikan gaji yang tidak masuk akai dan ada satu pihak lagi yang bercadang untuk dibentangkan untuk kenaikan gaji dalam masa terdekat...cover siap2..rakyat mampuih pi...kononnya nanti dapat BRIM boleh tampung kos sara hidup). Sikit2 cakap pasai nak kurang/hapus subsidi... hotak kira nak belit aja...ingat kami belajar rendah, semua kami ni bodoh... tak boleh pikiaq...tengok bawah sama!! Kenanglah budi untuk kami yang mengundi all out supaya kerajaan berteraskan Melayu/Islam tak tumbang!! Takpa, hampa dah lupa siapa yang bagi undi untuk hampa jadi kerajaan... nanti 4 tahun lagi kami akan bagi hampa ingat baik2 dalam kepala hotak hampa sampai bila2. Teriak sampai keluag ayak mata darah pun dah tak guna lagi!! Walau bagaimana pun aku nak ucap syabas pada geng2 PEMUDA UMNO yang tampil ke hadapan untuk membela nasib kami rakyat yang majoritinya berpendapatan rendah. Hidup KJ and the GANG!!! Wacaya lu lah!!!
Anonymous said…
Guna jalan alternatif kami tak kisah kalau tol naik sebab kami rakyat jelata memang dah terpaksa berbuat demikian demi untuk sesuap nasi. Tetapi bolehkah Pak Menteri jamin harga barang tak akan naik oleh sebab kos pengangkutan naik?
Anonymous said…
berani berkokok je pemuda umno ni..jumpalah njib @ rosmah direct..telur dh pecah ke...