#Lifestyle: Cara-cara Memasak Nasi Ayam Special~! #BMB @KhairyKj @Ibdil


Bahan-bahan ( Untuk hidangan 6-8 orang )

Untuk rebus:

- 1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia yg diketuk

Untuk perap
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu besar sos tiram
- 1cm halia
- 2 ulas bawang putih
- sedikit kicap cair

Untuk nasi
- 5 cawan beras
- 3 sudu besar butter
- 1 cm halia- ditumbuk
- 4 ulas bawang putih -ditumbuk
- air rebusan ayam tadi secukupnya
- sedikit garam.

Bahan sos:

- 5 biji cili merah
- 5 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- 1 sudu teh cuka, garam, gula
- 1/2 cawan air

Untuk sup:

- lebihan air rebusan ayam
- 1 biji bawang besar kisar
- rempah sup
- garam
- daun sup yg dihiris.

Cara-cara membuatnya:

Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk.

Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.

Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.

Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka).

Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.



#LIFESTYLE!! #LIFESTYLE!! 
Nak tahu kenapa gua tiba-tiba buang tebiat 
letak resepi masakan kat blog ni 
sila rujuk DI SINI (klik!)
ada banyak link2 menarik kat sana... :-)






Comments

aboudiabydoo said…
Gua suka lu punya posting lifestyle beb. Lepas tu boleh la posting camna nak tukar tayar basikal, nak pancut lambat dan sebagai nya. Pengundi muda pasti sukerrrr! Hidup!
RR said…
ok TQ bro... let's support #Lifestyle for ultimate glory in PRU14!!