#Syiah: @Zahid_Hamidi Menteri Gred C Atau Gred D??

Taring yang gah ditunjuk semasa mula memegang portfolio KDN nampaknya semakin tumpul dengan pelbagai tindakan dan statement meraban.... Bukan mempertikaikan soal Syiah tapi cara KDN mengendalikan isu ini kelihatan bertambah lucu. 

Sebarang bukti jika ingin didedahkan tidak perlu dikelaskan kepada gred tertentu, dengan tarikh penyerahan bukti juga dihantar mengikut gred jika mahu isu ini ditangani oleh JAKIM dengan segera dan tidak kelihatan seperti polemik.

Jika tidak mampu mengendalikan secara bijaksana, baik hentikan saja melayan isu Syiah/MatSabu ini.


BAGAN DATOH - Kementerian Dalam Negeri akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.

"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.

KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.

Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.

Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim.

Beliau yakin tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa agama terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan fahaman syiah. SH


Comments