#RPDM31D: Bukti2 Kekejaman Polis Kepada Demonstran!! #DataranMerdeka


ANTI-KLIMAKS!! Itu 'kekejaman' terbesar yang telah dilakukan oleh KDN/PDRM kepada peserta demo yang kononnya cuba untuk menggulingkan kerajaan di Dataran Merdeka malam semalam. BACA SINI (KLIK!) Itu hal yang tak akan termaafkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan dan balaci2 mereka.

Satu langkah bijak oleh Menteri KDN bila berfikir beberapa inci lebih terhadapan dari golongan pencetus anarki seperti ini.

Pertamanya bila tidak lagi menghantar trak water-cannon dan kumpulan FRU lengkap dengan senapang gas pemedih mata. Mereka cuma menanti KLIMAKS bila gas pemedih mata dilepaskan dan water-cannon disembur untuk dijadikan spekulasi tentang kekejaman polis dan kerajaan/BN.

Seperti yang boleh kita saksikan dalam siri demonstrasi2 mereka yang lalu, terutamanya BERSIH:



Keduanya psikologi menghalang peserta demonstrasi memasuki Dataran Merdeka. PDRM dengan kerjasama DBKL pada awalnya membuat dua benteng halangan di hadapan Bangunan DBKL bagi menghalang demonstran memasuki Dataran Merdeka.

Halangan pertama berjaya mereka lepasi, namun PDRM dan DBKL membuat halangan lebih 'kebal' pada lapis kedua sehingga demonstran terpaksa menyesak untuk merempuh masuk, dan beberapa kumpulan berjaya merempuh masuk seperti dalam video di bawah:



Terdengar bisik-bisik antara demonstran mereka akan merempuh habis-habisan menjelang akhir countdown tahun baru pada detik 12 malam dan meraikan kejayaan mereka di tengah Dataran Merdeka, simbolisme kepada kejayaan menjatuhkan kerajaan 'kejam' BN pada jelang 2014.

PDRM & DBKL bertindak bijak pada kira-kira jam 11 malam bila melepaskan semua peserta demonstran memasuki Dataran Merdeka... mereka yang pada awalnya bergembira, akhirnya terpinga-pinga tidak tahu apa langkah seterusnya yang harus mereka ambil.

Kesudahannya mereka memanjat halangan besi untuk memasuki padang dan mengganggu persembahan artis dan orang ramai yang datang untuk berlibur sambil menyaksikan pertunjukan bunga api. Akhirnya persembahan dihentikan pada jam 11.30 malam, countdown dan pertunjukan bunga api juga dibatalkan.

Orang ramai yang membawa keluarga termasuk anak-anak kecil terpaksa pulang dengan penuh kehampaan bila sekadar dapat melihat pertunjukan bunga api dari jauh, dari KLCC. Harapan bersantai sempena cuti tahun baru keesokan harinya lebur oleh golongan anarki yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim dan pemimpin2 Pakatan Rakyat.

Demonstran juga mengambil langkah untuk beredar selepas itu bila menyedari tiada apa yang mereka dapat raikan atau dijadikan bahan spekulasi untuk memenuhi objektif serakah mereka.

Seperti yang telah dibuktikan semasa demonstrasi di Padang Merbok tempoh hari dan malam semalam, tindakan tidak menurunkan trak water-cannon dan pasukan FRU dengan gas pemedih mata adalah satu langkah bijak untuk membuatkan semua demonstran yang datang pulang dengan rasa penuh kebodohan.

Syabas diucapkan kepada Menteri KDN dan PDRM kerana telah membuat langkah bijak untuk menggulingkan akal & kewarasan demonstran dan demons of Pakatan Rakyat!



Comments

Anonymous said…
demo-demo selepas ni akan jadi sesuatu yg membosankan untuk beruk-beruk tu sekalian jika tindakan seperti ini terus diambil..... tahniah menteri KDN!
Anonymous said…
ANTI KLIMAK PUKIMAK HANG!!!