Tindakan Segera #SPAD: Pemandu Teksi GilaSeks Berjaya Ditahan!! @AduanSPAD


Berikutan dari laporan media TheStar di atas, berkaitan tindakan tidak waras seorang pemandu teksi ke atas seorang wanita, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengambil tindakan segera dengan membuat siasatan ke atas kejadian tersebut.

SPAD telah berjaya menjejak pemandu teksi itu hari ini, dan meminta bantuan PDRM untuk membantu siasatan.

"Sesiapa yang didapati bersalah menggunakan kekerasan tidak layak untuk menjadi seorang pemandu teksi. Mereka memalukan profesyen tersebut," ujar Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismail Mohamed Kamal.


SPAD sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan hasil ilham Perdana Menteri, DS Najib Razak menekankan disiplin di kalangan pemandu perkhidmatan awam dan bekerja keras menangani sebarang kes yang melibatkan tindakan negatif dan penyalahan undang-undang.

Menurut laporan terkini dari Pengurus Jabatan Komunikasi SPAD, Noor Hisham Mohd Taha pemandu teksi tersebut kini dalam tahanan pihak PDRM untuk siasatan lanjut. Tahniah SPAD dan PDRM atas tindakan segera demi keselamatan rakyat yang menggunakan pengangkutan awam.

Comments