Anwar Gabra... Pengurangan Majoriti Sudah Cukup Isytiharkan BN 'Menang' #PRKKajang~!! #Kajang #PilihMeiFun
Tidak sampai 3 jam lagi pengundi-pengundi DUN N25 Kajang akan mula membuang undi. Keputusan hari ini adalah beban sarat di kepala hotak mastermindnya; Anwar Ibrahim bila harus mencari alasan lagi memburukkan SPR, kerajaan dan BN jika majoriti undi Pkr di PRK Kajang semakin mengecil.
Tapi BN bukan turun untuk mengurangkan majoriti semata, BN mahu menang demi membela nasib rakyat di sini dan membungkuskan terus segala penipuan, lakonan & arogan di dada Anwar dan konco2nya!
Kajang bukan alternatif Anwar mendekatkan PakatanRabak dengan Putrajaya, tapi tapak kubur yang mungkin akan menanam parti perkakasan Anwar, Pkr bila semakin banyak tersuluh kelemahan pentadbiran Selangor dan semakin banyak terbongkar penipuan para munafikun di dalamnya.
BN walaupun turun sebagai underdog di PRK Kajang, bukan untuk melayan permainan bodoh Anwar tapi membuktikan kesungguhan untuk membela nasib rakyat di DUN ini, berilah peluang kepada calon BN - Datin Paduka Chew Mei Fun.
Sentimen perkauman mula dijana oleh Pkr yang selama ini menuduh BN & UMNO sebagai rasis, dengan seruan menolak calon Bukan Melayu. Hakikatnya mereka yang sebenarnya rasis dan meneruskan survival politik dengan bermuka-muka selama ini.
Naib Ketua Pemuda BN, Khairul Azwan Harun menegaskan pemilihan MeiFun bersandarkan semangat kerjasama dalam BN atas konsep perkongsian kuasa yang masih subur. BN mengenepikan sentimen perkauman, meletakkan calon berdasarkan kepada KUALITI dan PENGALAMAN bagi menjamin nasib rakyat di DUN Kajang terbela.
Pengundi DUN Kajang boleh membuat sendiri penilaian antara 2 calon ini, 6 tahun Pkr menguasai DUN ini tapi Wan Azizah masih terpaksa mengemukakan pelbagai manifesto baru menandakan Pkr selama ini tidak pernah serius dalam membela nasib rakyat di Kajang.
Chew Mei Fun menelusuri rintihan rakyat di semua peringkat di seluruh Kajang dan tampil dengan IkrarJanji untuk membantu mereka, pasti semua akan terlaksana dengan baik bila Kerajaan Pusat/BN berdiri teguh di belakang beliau.
Pilihan terbaik akan memastikan rakyat & pembangunan di DUN Kajang menghirup nafas baru...
#PilihMeiFun~!!
Comments