Hebat!! Calon BN #PRKKajang @ChewMeiFun Tumpaskan NKPUM @AzwanBro & KPMCA @ChongSinWoon!!


"Dia tagteam dengan national player, macam mana kami nak menang??!" ujar Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun secara berseloroh selepas tamat perlawanan badminton persahabatan  menentang calon BN PRK Kajang, DP Chew Mei Fun.



Chew Mei Fun hadir menyaksikan Klinik Badminton anjuran Pemuda BN di Pusat Sukan Sungai Chua, Kajang malam tadi. Calon BN itu bertindak sporting untuk menjadi regu kepada pengendali klinik tersebut, jaguh badminton negara Koo Kien Keat menentang Khairul Azwan yang beregu dengan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon.




Sebelum itu, Chew Mei Fun menemui dan bertanya khabar dengan penduduk Sungai Chua di medan selera berdekatan pusat sukan itu.




Vote ComeyFun 4 Kajang!!


Comments