Hakikat yang harus ditelan, kerajaan Selangor tidak akan berubah sekalipun calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun berjaya mengalahkan Anwar Ibrahim dalam PRK Kajang 23 Mac nanti.
Tapi kesungguhan BN bertanding di PKR Kajang, menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan semata untuk membawa suara wanita dalam barisan pembangkang DUN Selangor yang lebih nyaring bagi memenempelak semua kepincangan dalam Kerajaan Pakatan Selangor. Kerana itu pencalonan Chew Mei Fun adalah pilihan tepat dan terbaik.
Chew pula menyatakan misinya bukan sekadar untuk membela nasib penduduk Kajang jika memenangi kerusi N25, tapi juga sebagai wakil wanita dan mewakili barisan ADUN BN yang berbilang kaum di persidangan DUN Selangor.
Comments