#SPAD Prihatin Masalah Pemandu Teksi - TS @SyedHamidAlbar


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 5 Mac lalu, mengadakan perjumpaan dengan pemandu teksi Johor Bahru-Singapura dalam usaha menambah baik perkhidmatan mereka.

Selain itu, perjumpaan di Johor Bahru itu turut diadakan bagi mendengar sebarang masalah dalaman atau luaran yang dihadapi mereka sepanjang memberikan perkhidmatan terbabit.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata selain itu perjumpaan seumpama ini juga akan membolehkan SPAD menerima maklum balas daripada pihak pemandu teksi dan seterusnya mencari pendekatan terbaik untuk mengatasi masalah terbabit. BH050314

Comments

Izalst79 said…
tolong lah ambil berat SPAD bila jam pemandu taxi sekarang tidak mahu ambil penumpang bila kecemasan bagai mana?.