Menteri Kewangan II Akui Harga Barang Meningkat Lepas #GST @NajibRazak @AhmadMaslan @MOFmalaysia #BantahGST
Dalam satu majlis penerangan kepada mahasiswa di Kuala Lumpur kira-kira 2 minggu lepas, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Husni Hanazlah (DSHH) tampil memberi penjelasan berkaitan isu GST.
Saya cuma datang memerhati untuk mengetahui tahap penerangan yang telah diberikan oleh kerajaan berkaitan isu GST. Rata-rata mahasiswa yang saya temui selepas majlis itu masih tidak begitu faham dengan GST kerana DSHH lebih banyak menerangkan tentang kebaikan GST kepada KERAJAAN, bukan kepada RAKYAT.
DSHH gagal menjawab persoalan dari mahasiswa (dibiarkan tidak berjawab -skip) paling saya tunggu-tunggu jawapannya mengenai kemungkinan kenaikan harga rumah dan kemungkinan inflasi berlaku memandangkan kebanyakan negara yang mengimplimentasikan sistem cukai ini menghadapi inflasi pada tahun pertama perlaksanaannya.
Penerangan yang bercanggah juga berlaku bila Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan tentang peratusan jumlah barang/perkhidmatan yang turun harganya lebih sedikit berbanding barang/perkhidmatan yang naik harga. LIHAT SINI (KLIK)
Berdasarkan fakta oleh Datuk Ahmad Maslan sudah tentu rakyat akan merasa sedikit lega. Tapi dalam slide penerangan DSHH (gambar bawah) mahasiswa mula terpinga-pinga bila beliau menunjukkan perbelanjaan bulanan isi rumah berpendapatan RM2,000 ke bawah akan meningkat sebanyak RM15.00 sebulan selepas perlaksanaan GST.
Itu untuk pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan... jika pendapatan berganda sudah tentu jumlah peningkatan perbelanjaan juga akan turut berganda.
Dalam slide penerangannya, perbelanjaan kepada mahasiswa juga akan turut bertambah. Di situ mahasiswa yang hadir mula tertanya-tanya apakah nanti kebaikan GST kepada mereka dan RAKYAT keseluruhannya??
Sebab peningkatan belanja isi rumah tidak dijelaskan dan langkah kerajaan mengatasinya DSHH memberi jawapan mudah ---> rakyat diberikan BR1M, sudah tentu BR1M yang diberikan itu dapat menampung kenaikan perbelanjaan bulanan selepas perlaksanaan GST.
Mengaitkan BR1M dengan GST merupakan satu hal yang sungguh memalukan, apatah lagi tidak diterangkan tentang jumlah BR1M akan meningkat jika pendapatan negara meningkat selepas perlaksanaan GST.
Itu merupakan penerangan dari MENTERI KEWANGAN sendiri, yang cukup faham tentang GST, bayangkan penerangan dari penceramah-penceramah di bawah kendalian Datuk Ahmad Maslan yang tidak cukup faham & cuma menghafal skrip yang disediakan.
Dan golongan cerdik-pandai seperti MAHASISWA hari itu masih terpinga menanyakan langkah2 kerajaan menangani sebarang kemungkinan negatif serta kebaikan GST untuk mereka/rakyat, bayangkan RAKYAT MARHAEN di kampung-kampung dapat menerima di tahap mana.
Bayangkan rakyat marhaen yang dapat belanjakan sepenuhnya BR1M yang mereka dapat sebelum ini dijelaskan terpaksa menggunakan separuh darinya untuk GST bermula tahun hadapan.
Sedikit analisa dari video saya dan beberapa orang rakan hasilkan di atas, begitulah tahap pemahaman rakyat tentang GST. Mereka adalah golongan yang disogok dengan penipuan oleh Pakatan, tidak mengikuti penerangan melalui media arus perdana. Lelaki yang ditemubual akhir video inipun setakat mempunyai kefahaman asas saja (dia mungkin pro-BN, mendengar penerangan di media perdana).
Hakikatnya penerangan GST masih terlalu lemah walaupun tempoh perlaksanaannya semakin hampir... kerana itu selidikan Akademi Pemuda yang merumuskan media sosial lebih penting sebagai medium penerangan GST harus diambil perhatian oleh pihak kerajaan.
Comments