Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak terlibat dalam perbincangan mengenai pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor yang diadakan oleh PKR Kelantan dan Pas Kelantan baru-baru ini.
Menurutnya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini, beliau hanya menerima memorandum yang ditandatangani pemimpin dari kedua belah pihak (PKR Kelantan dan Pas Kelantan) bahawa keduanya telah mengadakan perbincangan dan PKR Kelantan telah bersetuju untuk memberi laluan kepada Pas untuk mencalonkan calon mereka bagi PRK kali ini.
"Saya tidak tahu menahu dalam hal ini, saya hanya terima laporan yang ditandatangan oleh Pengerusi PKR Kelantan dan pemimpin Pas Kelantan. Itu sahaja.
"Jika dia (Ab Aziz) nafikan hal tersebut, itu saya tidak tahu... [BACA SETERUSNYA... BN4PRK]
Comments