ZOMBA Protun & macai PR berpesta koboi selepas portal fitnah SarawakReport mendedahkan foto PM dan keluarga bercuti di atas kapal layar mewah bersama Jho Low & Putera Turki (pengasas PetroSaudi).
Mereka (zomba & macai) keliru kenyataan PM tidak pernah kenal atau bertemu Altantuya dengan kenyataan PM tidak pernah kenal atau bertemu Jho Low. Sila nyatakan fakta jika ada kenyataan PM tidak kenal atau tidak pernah bertemu Jho Low.
Mereka (zomba & macai) juga terangsang dengan kenyataan SarawakReport mengenai harga sewaan kapal layar Tatoosh ($500,000 seminggu) yang difikirkan menggunakan duit rakyat Malaysia.
Putera Turki bin Abdullah Al-Saud adalah anak ketujuh bekas pemerintah Arab Saudi, Allahyarham Raja Abdullah yang merupakan antara manusia terkaya di dunia. Adakah tidak masuk akal beliau mampu menyewa kapal layar semahal itu untuk menjemput PM sekeluarga datang bercuti sambil membicarakan hal bisnes yang mula dirangka?
Sarawak Report secara tidak sedar mengesahkan PetroSaudi-1MDB adalah usahasama dua kerajaan Islam (G2G ArabSaudi-Malaysia) yang sudah pasti meletakkan misi kesejahteraan ummah sebagai prioriti. [BACA SINI]
Apa peliknya kemunculan JhoLow di atas Tatoosh bila dia bertindak sebagai orang tengah usahasama PetroSaudi & 1MDB? Sila semak semula kenyataan Jho Low:
"Saya tidak mengawal atau terlibat dalam apa-apa keputusan berkaitan 1MDB. Tapi jika rakan niaga saya dari Timur Tengah mahukan pandangan saya untuk melabur bersama 1MDB, saya akan membantu mereka." -MT
DS Najib sendiri pernah menjelaskan Jho Low bukan bekerja dengan 1MDB, dia cuma bertindak sebagai orang tengah usahasama 1MBD dengan beberapa pelabur luar yang dikenalinya.
Jho Low kambing hitam yang paling jinak untuk Dr Mahathir & PR jadikan hidangan kepada zomba & macai yang tidak tahu-menahu latar belakang lelaki ini selain gambar partinya bersama Paris Hilton.
Jho Low telah menjadi millionaire selepas akil baligh dari harta datuk & bapanya. Dia sudah menjadi billionaire sebelum 1MDB wujud hasil perniagaan di HongKong & Amerika Syarikat.
Jho Low tidak perlu menggunakan sesen duit 1MDB untuk partinya bersama Paris Hilton. Mungkin zomba & macai tidak mengetahui parti tersebut adalah pengubat frustasinya selepas cintanya ditolak popstar Taiwan, Elva Hsia. Dalam proses melamar Elva saja Jho Low sudah habiskan lebih RM3 juta, adakah zomba & macai mahu tuduh itu juga duit 1MDB??
Apa masalahnya dia gila glamour bila menggunakan otaknya untuk membeli syarikat rakaman gergasi EMI. Di situ Jho Low mempunyai akses mudah untuk bertemu superstar dunia seperti Usher, Rihanna dan lain-lain.
Selepas kecewa flowcart powerpoint tidak mendatangkan impak yang diidamkan, campurtangan WSJ juga terencat bila PM mengumumkan akan mengambil tindakan undang-undang... foto PM bersama JhoLow cuba dijadikan bahan ampuh untuk mendesak PM meletak jawatan... sungguh desperado!!
Jika itu saja hasil pelaburan SarawakReport dengan pembelian data berjumlah 3,000 email daripada penjenayah peras ugut Xavier Andre Justo... anggap saja mereka gagal mencapai pulangan yang dikehendaki. DS Najib Razak akan terus gah memimpin negara sekurang-kurangnya hingga PRU14. - RR@1peluru.com
Comments
Kenyataan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang
``Sebenarnya, transaksi USD700 juta yang menimbulkan banyak persoalan serta mencurigakan memerlukan Jabatan Audit Negara lebih banyak masa untuk siasatan lanjut sebelum membuat kesimpulan akhir.”
Intipati yang boleh diambil adalah ;
memang benar, memang sahih lah, wujud USD700 juta itu dan ianya bukanlah cerita yang di reka-reka!
Tindakan Seterusnya adalah;
Dato Seri Najib, letak jawatan aje lah , lihat Pak Lah yang bersara tu takda orang kacau lagi dah, kami rakyat marhaen pun tak nak perkara ini berpanjangan, kerana kami lebih sayangkan alif ba ta!
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan