Siapa Sebenarnya Clare Rewcastle Brown, Editor Sarawak Report?? #1MDB

RAMAI macai PR & zomba ProTun percaya dengan flowcart bingai di portal SarawakReport mengenai kemasukan wang berjuta-juta RM ke akaun peribadi PM, DS Najib walaupun tanpa sokongan dokumen transaksi atau sebarang bukti relevan [BACA SINI].

Editor SarawakReport sebenarnya sudah memulakan misi penipuan sejak bertahun lamanya di Sarawak dan Sabah tapi kesemua penipuannya ditolak oleh rakyat Sarawak/Sabah. Bila Clare Rewcastle Brown mencuba nasib dalam skop yang lebih besar, misi menjatuhkan Najib Razak (menggunakan isu 1MDB) tidak sangka lebih ramai rakyat yang bodoh di Semenanjung Malaysia yang termakan mudah segala pembohongan oleh perempuan British ini.

Ini mungkin kerana penglibatan mantan PM, Dr Mahathir yang turut menjadi tukang canang kepada pembohongan SarawakReport untuk mencapai misi desperado beliau. Tapi penangkapan sekutu Claire di Thailand, Xavier Andre Justo sedikit sebanyak buatkan ada beberapa pihak yang sedar dan melakukan u-turn dengan keinsafan secara total.


Mari kita singkap siapa sebenarnya Editor SarawakReport...

CLARE REWCASTLE BROWN adalah seorang wartawan penyiasatan British yang dilahirkan di Sarawak.

Dia adalah pengasas portal Sarawak Report dan Radio Free Sarawak yang pada awalnya mengkritik secara terbuka kerajaan negeri Sarawak di bawah pentadbiran BN.

Dia meninggalkan Sarawak pada usia mudanya dan menetap di London sebelum menjadi seorang wartawan di BBC World Service pada tahun 1983.

Clare berkahwin dengan Andrew Brown, adik kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown. Andrew pernah dikaitkan dengan kes nepotisme menerima bayaran untuk 'pembersihan wang' perbelanjaan Perdana Menteri (abangnya) dalam skandal perbelanjaan kerajaan Britain yang mendapat liputan meluas media popular, The Telegraph pada 2009.


Clare, kembali melawat Sarawak selepas lebih 30 tahun sebagai aktivis alam sekitar, kononnya untuk menyelamatkan kemusnahan hutan di Sarawak. Benarkah sesuci itu niat Claire??? Tidak sama sekali...

Clare menubuhkan SarawakReport dan RadioFreeSarawak untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud tetapi gagal sehinggalah Taib Mahmud melepaskan jawatan kepada DS Adenan Satem.

Dia merekayasa satu dunia pembohongan dan penipuan dengan tujuan tersembunyi dan nekad untuk pergi lebih jauh dengan tujuan jahat ini.

Salah satu pembohongan epic yang dilakukan Clare di Sarawak adalah pendedahan adik kepada Taib, Zaleha Mahmud dalam pegangan saham di beberapa syarikat. Bila menyedari pembohongannya dapat dikesan, dia bertindak pantas memadamkan entri tersebut dari SarawakReport [BACA SINI]. Dengan penangkapan Justo, SarawakReport turut memadamkan beberapa entri yang melibatkan dokumen manipulasi mengenai 1MDB.


Clare juga dikatakan mempunyai hubungan romantis dengan DJ Radio Free Sarawak, Peter John Jaban yang terkenal dengan gaya hidup sosial dan seks bebasnya. Peter John merupakan 'orang kuat' Clare di Malaysia.


Clare pernah berkonspirasi dengan Cullen Johnson, bekas pegawai polis Toronto yang menjadi penyiasat persendirian untuk menggodam ke dalam akaun bank peribadi bekas menantu Taib Mahmud selepas perceraian gadis tersebut dengan anak sulung Taib.

Bekas Perdana England Gordon Brown, adiknya Andrew Brown dan adik iparnya Claire Rewcastle Brown adalah sekutu kepada 'penyiasat wang' Theodore S. Greenberg atau lebih dikenali sebagai Ted S. Greenberg.

Ted seorang bekas pendakwaraya yang menyiasat kes-kes pengubahan wang haram, penipuan, rasuah dan salahguna kewangan adalah Ketua Seksyen Pengubahan Wang Haram dan Timbalan Ketua Bahagian Penipuan, di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Ted adalah orang yang membantu Amerika Syarikat menjejak beratus-ratus juta dollar yang disembunyikan oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos. Wang tersebut dikembalikan kepada Kerajaan Filipina dan Ted telah mendapat bayaran lumayan.

Ted kini bekerja untuk beberapa kes berprofil tinggi termasuk menyelesaikan kes AS$15 bilion yang disembunyikan selepas penggulingan Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Tugasnya juga termasuk menyiasat wang dan harta bekas pemimpin Libya, Muammar Gadafi dan Saddam Hussein di Iraq.


Hingga berlangsung PRU13, Claire Rewcastle Brown dan sekutunya Ted, mempunyai hubungan dengan misi yang sama - bersama Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru PR. Abang ipar Clare, Gordon Brown adalah kawan lama Anwar semasa dalam jawatannya sebagai Perdana Menteri Britain.

Claire adalah penasihat rapat kepada Anwar Ibrahim walaupun cara kempennya cuba dibuat bernada bebas, objektif atau non-partisan.

Tentu semua masih ingat SarawakReport yang mendedahkan kemasukan seramai 40 ribu warga Bangladesh ke Malaysia menjelang PRU13 yang diusahakan oleh BN sebagai pengundi hantu. Namun tiada satu kes pun berita penangkapan warga Bangladesh dilaporkan semasa PRU13 berlangsung. Kini entri tersebut juga sudah dipadamkan dari SarawakReport.


Claire dijanjikan satu projek konsesi carigali minyak jika Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri. Untuk mencapai tujuan itu dia mencadangkan Ted untuk turut serta bagi memastikan BN jatuh tersungkur dalam PRU13.

Selepas gagal di Sarawak, Claire melebarkan sayapnya ke Sabah. Kali ini melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Dengan kerjasama daripada Lo Man Heng, penyokong kuat Anwar di Sabah mereka cuba mengaitkan Musa Aman dan musuh perniagaan Lo, Micheal Chia Tien Foh berkaitan skandal pembalakan haram dan pengubahan wang haram.

Namun siasatan SPRM dan ICIC mendapati semua dakwaan yang dibuat oleh Claire adalah tidak berasas dan keputusan itu menamatkan misi Claire di Sabah bila BN mengekalkan kuasa di Sabah selepas PRU13 [BACA SINI].

Berapa banyak penipuan dan episod kegagalan Clare dalam cerita silamnya?? Jika hanya pembangkang PR yang bersungguh menebar luas fitnahnya tidaklah begitu dihairankan selepas tiada lagi isu besar yang mereka dapat putarkan di media sosial... tapi bila Dr Mahathir turut terjerumus dalam penipuan SarawakReport, seperti ada sesuatu yang terlalu mendesak misi peribadinya.

Baca lagi banyak kes penipuan di portal SarawakReport [KLIK SINI!]

Yakinlah janji ALLAH, yang BATIL takkan dapat menjatuhkan yang HAQ! Sudah-sudahlah macai PR & zomba ProTun menjadi penyambung lidah fitnah & penipuan... sempena bulan Ramadhan yang mulia ini kembalilah ke pangkal jalan, pintu taubat sentiasa terbuka. -RR@1peluru.com


Pertemuan Clare dengan orang kanan Mahathir, Kamaruddin Abu Hassan [BACA SINI]



Comments

Anonymous said…
Aku dulu penyokong kuat umno/bn. Sbab aku sayangkan islam dan bangsaku. Tapi tak lah sampai macai macam ni. Kalau dah salah pon nak sokong tu memang macai lah. Kalau dah salah means SALAH. Malaysia ni dah menanggung hutang berbilion kau boleh jawabkan tak? Sebab mengapa? Siapa punya angkara? Salahkan orang lain juga lah?? Bukan pemimpin dan menteri2 yg dipilih itu yg makan duit rakyat tu?? Habis mana peginya duit yg ada? Bukankah Msia banyak hasil bumi?? Akhirat nanti kau menjawablah dgn macai kau dan yg memimpin. Sbab kau menyokong org2 mcm ni. Kalau bukan fitnah habis kau buktikan sebab apa kita hutang? Sbab apanya ada gst?? Nak bayar hutang berbillion tu kan? Wehh kau tak kesian ke golongan marhean yang ada di sekeliling kau ni. Mintak2 sucikan lah hati kau tu. Usah2 lah kena brainwash je. Tahu2 nak salahkan orang asing.

Fyi: kau sendiri tengok laman siber majoritinya nak yg mimimpin negara sekarang letak jawatan. INI TAK PERNAH DALAM SEJARAH RAKYAT MEMBENCI KERAJAAN YANG ADA SEKARANG NI DENGAN MAJORITI.
Anonymous said…
Bukan ker tun dah tanya...
Betul tak akaun tu dia punya?
Kalau bukan jawab la bukan.
kalau betul jawab la betul.

Jawab "ya" atau "bukan".
Itu yang kita nak dengar.
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan