Sejarah: @NajibRazak Pernah Menyelamatkan 'Nyawa Politik' Mahathir! ‪#‎RespectMyPM‬ #KekalNajib


PADA malam 23 April 1987, kira-kira 29 tahun lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, sekarang sudah hilang dari pandangan setelah ‘direbankan’ (flat­­tened) untuk dibuat bangunan baharu, yang kini dikatakan terbengkalai.

Cukup genting pada masa itu pe­rebutan kuasa antara dua tokoh - Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Hilton menjadi markas jentera Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li.

Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April.

Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr. Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terde­sak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan. Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan calang-calang orang dan Dr. Mahathir merasakan dia boleh dikalahkan.

Berlaku perpecahan yang amat dahsyat dalam sejarah politik Mela­yu ketika itu. Satu peperangan politik umpama kisah Clash of the Titans dan David and Goliath.

Akibatnya terbentuk dua team. Team A dan Team B. Team A Mahathir bersama Tun Ghafar dan Anwar Ibrahim serta Team B Ku Li bersama Musa Hitam, Pak Lah, Datuk Manan Osman, Rais Yatim, Datuk Zainal Abidin Zain. Najib selaku Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan menyatakan sokongan kepada Team B.

Dr. Mahathir yang terdesak membuat perancangan. Dipanggil semua penasihatnya, termasuk ADC atau Ketua Pengawal Peribadinya, Mohamad Ali (Pak Ali). Beliau perlu memikirkan dengan cepat. Masa tidak lama sebelum pengundian pagi keesokan harinya.

Hanya 11 jam sahaja yang tinggal.

“Ali pergi cari Najib cepat!” kata Dr. Mahathir kepada Pak Ali.

Pada waktu itu, di Bukit Tunku; Najib dan isterinya Rosmah sedang mengemas kediaman yang baru mereka sewa serta menyambut teta­mu. Najib tidak mahu memikirkan soal UMNO atau apa yang berlaku di Hotel Hilton pada malam itu.

Sebaliknya, Dr. Mahathir amat memerlukan sokongan Najib. Masa ketika itu cukup genting.

Di kediaman ibu Najib, Tun Rahah di Jalan Eaton pada malam yang sama, kelihatan masuk deretan radio car (kereta peronda polis) dan sebuah kereta besar semacam kereta Perdana Menteri.

“Saya yang tinggal depan rumah Tun Rahah nampak kereta itu ma­suk. Saya pun keluar menemui Tun Rahah.
“Kelihatan body guard Dr. Mahathir tiba bersama radio car itu.”

Dr. Mahathir mengarahkan pengawal peribadinya itu mencari Najib. Najib perlu dibawa dengan kereta besar Perdana Menteri ke Hotel Hilton pada malam itu juga. Najib perlu ditunjukkan kepada perwakilan. Sokongan Najib kepada Dr. Mahathir adalah penentu.

“Saya bertanya kepada Tun Rahah apa yang perlu dilakukan. Beliau berkata, mintalah Najib pergi sebagaimana Tun Razak taat kepada Tunku dahulu.”

Itu kata-kata Datuk Idris Shaari Mat Aris yang saya andaikan sebagai bapa angkat atau guidance angel kepada anak-anak Tun Abdul Razak.

Idrislah yang mula mengasuh Najib bermula beliau pulang dari England sehingga menjadi Menteri Besar Pahang pada usia yang muda dan pengalaman yang cetek. Idris ialah Pengawal Peribadi kepada Tun Razak dan apabila Tun Razak mening­gal beliau menjadi Setiausaha Sulit kepada Tun Rahah.

Saya menemui Idris kelmarin dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur. Sebagai seorang yang sudah berusia 70an fikiran Tok Deris, panggilan kami kepadanya, masih tajam. Cuma fizikalnya agak lemah dan memerlukan tongkat dan pembantu untuk berjalan.

Mendengarkan kata-kata Tun Ra­hah itu maka Idris meminta body guard Dr. Mahathir mengikutinya ke kediaman baharu Najib di Bukit Tunku.

Semasa kami tiba dengan petrol car dan kereta besar Perdana Menteri itu, Najib sedang menemui tiga orang perwakilan dari Pahang.

“Saya masuk ke dalam bilik dan berjumpa Najib. Saya kata Dr. Mahathir minta Datuk (Najib) pergi juga malam ini ke Hilton.

“Mummy (Tun Rahah) pun cakap pergilah Tok.”

Najib menjawab: Takpalah, Deris pergilah dulu.

Saya masih merasa was-was dan bertanya sekali lagi dengan Najib, adakah beliau akan pergi?

“Setelah mendapat jaminannya maka saya pun pergi. Saya bagi tahu Ali bahawa Najib akan pergi ke Hilton. Saya juga pergi ke Hilton dan saya diminta Ali berada di tepi pentas.

“Semasa saya tiba Tok Mat (Datuk Mohamed Rahmat) sedang berucap menghentam Najib,” kata Idris sambil ketawa.

Dr. Mahathir mengarahkan supaya satu kerusi di meja utama dikosongkan bagi memberi tempat kepada Najib.

“Kemudian Ali memberitahu saya Najib sudah sampai.” Kata Idris, beliau nampak Najib tiba dengan kawan lama sekolahnya di St. John’s Institution, bernama Dr. Tiagi.

Apabila Najib masuk semua hadirin bangun bertepuk tangan. Nada ucapan tiba-tiba bertukar. Dr. Mahathir amat gembira de­ngan kemunculan Najib itu.

Akhir sekali keesokan harinya Dr. Mahathir menang mengalahkan Ku Li dengan margin yang tipis. Dr Mahathir menang sebanyak 43 undi ke atas Ku Li, iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Dr. Mahathir hampir tersungkur. Tak perlulah saya bagi details apa yang berlaku semasa pengundian itu sedang dijalankan. Mengapa tiba-tiba bunyi bising dengan lagu-lagu dan lampu tiba-tiba padam.

Akibat kemenangan Dr. Mahathir itu Team B dianggotai oleh 11 ahli UMNO (dikenali sebagai UMNO 11) membawa ke mahkamah kerana dikatakan pemilihan itu tidak sah.
Kes itu telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.

Setelah beberapa siri perbica­raan yang mengambil masa selama tujuh bulan, Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan me­lainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawang­an yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan.

Cuma moral kisah daripada cerita Datuk Idris tadi ialah: Najib ketika itu telah memberi pengorbanan yang paling besar atas nama kesetiaan kepada Dr. Mahathir sehingga dapat beliau mentadbir negara selama 22 tahun seterusnya.

“Apakah Dr. Mahathir mengetahui mengenai kisah itu? Mahathir tidak tahu...” kata Idris.

Najib telah menyelamatkan nyawa politik Dr. Mahathir! -UM

.

Comments

zakir said…
So? Ape yg nak hairannya? Tun M sekurang2nya insan yg mengenang budi. Sbb tu Tun M sendri yg nak Najib jd PM. Tun M jugaklah yg buat 'move' supaya Pak Lah mengundurkan diri dan melantik Najib sebagai pengganti beliau. Time tu Najib sendri masih kabur2(blur) lg nak buat apa. Nasib baik Tun M buat 'move' kuar UMNO, diikuti desakan oleh Muhyiddin supaya Pak Lah berundur. Nape Pak Lah kene undur sume pun tau sbb PRU-12 teruk gile prestasi UMNO/BN sampai terlepas negeri Perak, Selangor dan Kedah ke tgn pembangkang. Tu pun si Najib dok 'blur' lg siap bg statement kononnya dia tak gelojoh. Time tu bukannya masalah gelojoh tp rakyat perlukan pimpinan yg baru dan Tun M sendri mintak Pak Lah pass jawatan PM kpd Najib. Di situ nampak prinsip Tun M yg mengenang budi dan nak membalas jasa mentornya, arwah bapa Najib sendri, Tun Abdul Razak.

Tapi skang ni isunya Najib pun tak perform jugak, malah lebih teruk sbb negara sampai terpaksa jual asset bernilai berbillion ringgit hanya untuk selamat syarikat yg entah ape ntah yg diniagakannya. Mulanya dgn keterangan2 drp menteri2 yg flip flop, memule ckp nampak sendri cash,pastu ckp duit tu bukan dlm bentuk cash tp unit, just unit dan pastu tak ngaku plak duit tu bermasalah sampai Singapore sendri ckp dorang bekukan account tu utk siasatan. Pastu dtg pulak isu RM2.6billion dlm akaun peribadi Najib yg pada mulanya dia sendri tak ngaku tp bile dah kantoi, amik masa berhari2 nak jawab tu duit derma. Tp yg lawaknya, pak2 turut menteri memula ckp tu duit utk UMNO la, utk pilihanraya la tp last2 Najib ckp duit derma pulak. Bila jd camni mane satu yg kita nak caye ni masalahnya? Pastu bila AG dah nak start dakwaan, ditamatkan serta-merta jawatan AG tu bg kat org dia yg last2 ckp dia takde kes dan suruh SPRM tutup kes tu pulak. Dahla, byk lg la nak cite dan saya rasa tuan admin sendri tau bende2 yg lain tu kan. Takyahla nak merendah2kan Tun M tu. sekurang2nya beliau byk jasanya kat tanahair ni, bina pembangunan negara yg kita kecapi beberapa tahun dulu sebelum Pak Lah take over. Kalo nak mintak respect PM Najib tu, ape kate mintak dia respect dulu Tun M?
Anonymous said…
Mana ko tau Najib tak perform? Ko tu yg tak perform tu pasal menyusahkan org lain...
QalamQabut said…
Tak dapat dinafikan AhJib Go mmg perform. Aku rasa dia perform dgn baik sekali, sehingga ke hari ini pun... Aku bangga anak Tun Razak ni.

Tapi satu yg aku tak bangga ialah performancenya dlm kes 2.6b. Banyak skandal yg dikaitkan dgn AhJib Go! tapi aku ambil satu kes ni saja. Bukan saja AhJib Go mengaku terima wang 2.6b itu, tetapi Peguam Negara juga sahkan amaun itu wujud di dalam akaun peribadi manusia yg bernama Mohd Najib bin Tun Razak.

Orait... The story berlaku awal tahun 2013 dan meletop pertengahan tahun 2015. (Tolong perbetul kalau aku salah. Aku taip direct saja ni...) Bila dah meletop macam tu, kenapa AhJib Go! tak beri penerangan yg sejelas2nya kepada rakyat. 2.6b tu banyak tuuu... masuk akaun peribadi dia pulak. Dia sebagai PM mesti TOLAK tuduhan tu bersungguh2. Kalau ikut cerita yg tersebar sekarang ni, aku rasa mmg dia tak salah (dari hukum halal haram lahhh...). Dari segi undang2 dunia Apandi dah cakap halal jugak. Dari segi etika sebagai PM atau Presiden UMNO korang boleh fikir sendiri.

Sebagai PM yg dituduh menerima wang 2.6b bersumberkan 1MDB, AhJib Go tak seharusnya biarkan tuduhan sebegitu meleret sebegitu lama. Bukan saja namanya sebagai PM terjejas, nama 1MDB sebagai syarikat kerajaan Malaysia juga terjejas.

Aku kira tak sukar AhJib Go nak cakap "Aku terima derma peribadi dari tok arab pada sekian haribulan sebanyak sekian ringgit, dan aku dah kembalikan kepada tok arab berkenaan pada sekian haribulan. Kalau tak percaya, Bank Negara boleh sahkan transaksi tersebut. Ini semua cerita basi, fitnah yg sengaja nak burukkan nama aku, nama 1MDB, nama Malaysia..."

Aku percaya satu Malaysia akan berdiri di belakangnya PM kita yg jujur dan betul bendul ni. Kita tak akan tanya untuk apa duit itu sebenrnya sebab itu derma peribadi, kita tak perlu sibuk2, dan sudah dikembalikan. Yang kita perlu sedar ialah ada pihak tertentu yg sengaja korek cerita basi utk dijadi berita sensasi, dgn niat jahat utk burukkan nama pemimpin agung Malaysia. Pasti kita marah sebab AhJib Go adalah PM kita.

Tetapi apa yg terjadi? AhJib Go! cerita berbagai versi, begitu juga dgn menteri2nya. Kalau rajin, pergi ke 'anaksungaiderhaka' utk baca versi yg berubah2 mengenai satu cerita 2.6b ini. Kenapa hingga sekarang AhJib Go! takut nak cerita 'the truth, the whole truth and nothing but the truth'. Why? Bila dah jadi berita sensasi sekian lama rakyat tak puas hati setakat nak dengar cakap Apandi, setakat nak jatuh hukum AhJib Go! tak bersalah. Kalau tak faham sekali, cerita lagi berulang kali. TV1,2,3,4,5,6 ada. Masuk paper, masuk internet pun boleh. Kerah Jabatan Penerangan bagi pencerahan. Insyaallah akan berjaya, kerana kebanyakan orang yg sehaluan dgn aku ni bukan taksub dgn Tun M, tapi lebih utk cari kebenaran.

AhJib Go! jangan ingat ini perkara remeh, begitu juga dgn lain2 isu yg dibangkitkan mengenainya. Dia PM Malaysia. Dia kena jaga maruah diri, maruah negara, maruah UMNO yg diseret bersama2. Akibat dari tuduhan2 yg tak dipedulikan oleh Perdana Menteri Malaysia, separuh rakyat Malaysia dah jadi penganalisis politik. Semakin hari semakin banyak persoalan yg timbul apabila jawapan yg diterima menambahkan keraguan.

bersambung...
QalamQabut said…
Kenapa sukar utk Perdana Menteri Malaysia menceritakan sesuatu yg sudah menjadi sejarah. Tak perlu tukar jalan cerita, tak perlu tukar apa2. Jika jalan cerita itu lurus tanpa simpang siur, aku percaya rakyat dapat terimanya, walaupun di saat ini. Dan dia ada segala kemudahan utk perbetulkan persespi salah ini. Media satu dunia akan berkampung di Kuala Lumpur jika dia mahu. Ramai orang seperti aku hanya ingin mencari kebenaran, bukan seronok2 nak jatuhkan pemimpin.

Tetapi jika pemimpin itu masih suka keraguan menghurungi dirinya, dia tak seharusnya menjadi pemimpin, apa lagi pemimpin satu parti politik orang Melayu yang memperjuangkan agama Islam. Kredibilitinya semakin terhakis, tiada siapa akan menyokong AhJib Go! kecuali umat UMNO yg bersetia membabi buta.

Ini juga bukan perjuangan menaikkan Tun Mahathir. Dia bukan calon pengganti AhJib Go. Dia hanya pemudahcara, penyatu segala lapisan rakyat yg mahu AhJib Go berundur.
Jika pengokong AhJib Go fikir TDM punya banyak salah dan silapnya di masa pemerintahannya, lebih teruk dari AhJib Go!, silakanlah ambil tindakan ke atasnya, mengikut lunas2 undang2 yg adil dan saksama. Aku tak mahu bersekongkol, bersubahat dgn manusia yg menjadi petualang dan pelingkup negara, tak kira siapa.

Tetapi di akhir kata ini, biar aku peringatkan... AhJib Go! yg berada di atas takhta. Dia dia berada di pihak yg benar dia boleh perbetulkan segala salah tanggapan, salah tafsir, bunuh segala fitnah yg timbul. Tetapi jika dia benar seperti dituduh, dia akan guna segala kuasa yg ada utk pertahankan dirinya. Dia tahu apa hukumnya kepada pengkhianat negara. Lihat sajalah apa pilihannya...
pak sudaryono said…

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4D/ angka [] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no ((( 0823 1366 9888 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 2750 JUTA , wassalam.


dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


1"Dikejar-kejar hutang

2"Selaluh kalah dalam bermain togel

3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..






KLIK DISINI 4d 5d 6d






Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI ALIH akan membantu
anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI ALIH DI NO: [[[ 0823 1366 9888 ]]]


ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/


ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/



ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/



ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/